KUALI | Menu Selebriti

[V] Susah nak dapat masakan kampung di Singapura, Hanna Delisha cukup gemar ikan patin tempoyak dan budu

Lead Image

WALAUPUN lahir dan dibesarkan di Singapura, pelakon dan penyanyi cantik Hanna Delisha rupanya seorang penggemar masakan kampung terutama makanan tradisi dari Malaysia.

Ujar pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch itu, dia seorang yang suka makan terutama masakan kampung walaupun ada antara makanan kegemarannya sukar ditemui di Singapura.

"Saya suka sangat masakan kampung tapi ada beberapa makanan kegemaran saya susah nak dapat di Singapura.

Hanna masih dalam fasa untuk belajar memasak selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Imam Shah pada 2021.

"Contohnya ikan patin masak tempoyak, budu, cencalok dan ulam-ulaman. Di Singapura bukan tidak ada makanan sebegitu, ada tapi susah nak dapat," kata aktres berusia 27 tahun itu.

Ketika diusik tahap kepakarannya memasak dari skala satu hingga 10, tanpa ragu isteri kepada pelakon Imam Shah itu berkata ilmunya di dapur hanya berada di skala dua.

Namun begitu, Hanna menegaskan bahawa dia masih lagi dalam proses belajar memasak selepas mendirikan rumah tangga dengan menonton video-video masakan melalui YouTube.

MENARIK DIBACA: [V] Bau dan aromanya buat perut berkeroncong, ini resipi ayam pedas daun kesum

MENARIK DIBACA: Jom kenali 10 jenis cendawan, bukan jenis tiram dan butang saja enak dimakan

"Sebenarnya saya boleh memasak walaupun masih lagi belajar. 

"Kalau nak tahu saya belajar memasak Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (lockdown) sewaktu mula menikah.

"Memang mati kutu Ketika itu. Jadi saya ambil peluang untuk belajar memasak melalui YouTube," kata pelakon drama Dendam Seorang Madu itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Elly Mazlein tukang masak nombor ‘syatu’, setiap hari ke dapur walaupun sibuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Jalaluddin Hassan tak makan ikan sejak kecil, boleh muntah sebab bau hanyir

Terhangat