KUALI | Sajian Warung

[V] Patutlah viral! Penggemar matcha gerenti ‘repeat order’

Lead Image

KALAU anda penggemar matcha, memang rugi besar kalau belum singgah di port viral yang satu ini!

Tak hairanlah tempat ini pernah menjadi tular kerana bukan sahaja dekorasi kedainya yang cantik tapi paling penting rasa matcha di sini memang padu!

Untuk kaki matcha, wajib cuba signature drink yang menjadi bualan ramai di Matchaé Cafe Odeon Walk seperti mango matcha latte, coconut matcha latte, matcha chocolate dan matcha blueberry latte ini.

Minuman paling popular adalah matcha strawberry.

Setiap satu ada keunikan rasa tersendiri digabungkan rasa lemak, manis dan pahit matcha sangat menyegarkan.

Jika tak tahu hendak pilih mana, boleh cuba menu popularnya iaitu matcha strawberry dan matcha latte yang super creamy, selain rasa pahit dan manisnya seimbang.

MENARIK DIBACA:  [V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

MENARIK DIBACA: Terliur kalau tengok dalam K-drama, rupanya Jajangmyeon dan kimbap antara 6 makanan ikonik bukan asal Korea

Pilihan-pilihan ini bukan saja sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan matcha, malah pasti memuaskan hati para peminat tegar sentiasa mencari kualiti dan keaslian rasa matcha sebenar.

Dari segi harga pula ia berpatutan dengan kualiti rasa dan penyediaan yang memuaskan.

Matchae Cafe estetik ini sesuai untuk dijadikan tempat lepak bersama rakan.

Di Matchae kafe ini, ia sesuai untuk mereka yang mahu menikmati minuman premium tanpa rasa terlalu membebankan poket.

Kafe ini juga boleh dijadikan port lepak santai lebih-lebih lagi pada waktu malam terutamanya pada hujung minggu.

Suasananya meriah dengan dekorasi menarik dan mesra menjadikan setiap kunjungan terasa selesa.

Lokasinya pula sangat strategik terletak di Jalan TAR di mana ia laluan utama mudah diakses.

Malah, ia juga berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam  monorail menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang datang tanpa kenderaan sendiri.

Lokasi: Matchaé Cafe Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman KL

Waktu operasi: Setiap hari (12 pm hingga 12 am)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng

Terhangat