[V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng
KALAU sebut kuih cara, mesti ramai membayangkan kuih kecil comel yang dibakar dalam acuan dan dimakan lembut-lembut.
Berbeza pula dengan gerai yang satu ini, cara penyediaannya unik kerana kuih cara dijual digoreng garing, kemudian dihidang panas-panas kepada pelanggan.
Malah, lebih banyak minyak digunakan ketika masak untuk dapatkan tekstur luar rangup dan bahagian dalam lembut.

Lebih menarik, di gerai Kuih Cara Garing Melawati, topping berlauk yang disediakan juga bukan biasa-biasa!
Ada pilihan ayam dan daging, kedua-duanya dimasak dengan rempah kari pekat dan wangi yang memikat deria bau setiap pelanggan yang berkunjung.
Setiap gigital, terasa betul aroma kari dan rempah yang kuat sehingga boleh membuatkan anda tidak berhenti makan!
MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan
MENARIK DIBACA: [V] Karya seni dalam pinggan di Grey Cafe, bukan sekadar gabungan 2 budaya
Harga RM10 untuk satu set (8 biji) dirasakan memang berbaloi memandangkan portion hidangan besar dan topping diletakkan melimpah sampai menutup kuih cara itu sendiri.
Selain berlauk, kuih cara manis yang dijual disini juga tidak kalah rasa sedapnya!
Setiap gigitan kuih cara manis ni rasa lemak berkrim dengan aroma pandan yang harum, lembut di luar dan manisnya perlahan-lahan cair dalam mulut.

Dengan harga RM4 untuk satu set (6 biji), memang sesuai nak buat kudapan petang.
Tak hairanlah, ramai sanggup beratur panjang, siap kereta bersusun tepi jalan semata-mata nak merasa kuih cara istimewa ni.
Lokasi: Kuih Cara Garing Melawati, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Ampang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 2.30 petang - 4.30 petang (Rabu - Ahad)