[V] Lepas kenyang boleh tidur dulu... Warung sempoi tepi sungai, lokasi tenang sambil makan sedap
SELEPAS kenyang menikmati sajian dipesan, tak perlu tergesa-gesa bersiap untuk bayar bil dan pulang tapi boleh bertenang-tenang malah tidur dalam buaian tanpa rasa bersalah.
Jarang sekali ada lokasi makan begini, sudahlah suasananya tenang tepi sungai, barisan pokok buluh rimbun menari ditiup angin sepoi menambahkan lagi nostalgia mengingatkan kedamaian kampung halaman.
Di sini, makan bukan sekadar sesi santapan sebaliknya meninggalkan pengalaman santai mengembalikan suasana damai seolah berada di kampung halaman jauh.

Terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur, lokasi Warung Lepak Makan Tidur, Semenyih ini bebas dari hiruk-pikuk kota memberikan ketenangan sepanjang sesi menjamu selera.
Soal piilihan menu pula, warung ini cukup terkenal dengan keenakan aneka masak lemak sangat menggoda selera seperti udang atau ikan keli persis masakan opah.
Selain itu, ada juga mi kari udang pekat kuahnya dan juga menu lain seperti kari masing-masing dimasak menggunakan resipi tradisional.
MENARIK DIBACA: Minum petang penuh budaya, 5 set hidangan pamer keunikan warisan kulinari tempatan
MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'gemok' Pasar Payang jadi buruan, isinya padat memang puas makan
Sekiranya mahukan sesuatu yang ringan, ada juga kudap-kudap seperti kentang goreng rangup dan sedap sesuai sangat untuk teman minum petang sambil bersembang santai.
Jadi, kalau anda mencari tempat makan sedap dengan suasana mendamaikan, Warung Lepak Makan Tidur di Semenyih memang pilihan terbaik.
Lokasi: Warung Lepak Makan Tidur, Jalan Bunga Raya 3, Semenyih, Selangor
Waktu operasi : Rabu, Khamis, Jumaat bermula jam 4.30 petang - 10.30 malam
: Sabtu dan Ahad bermula 12.30 tengah hari - 11.30 malam
: Tutup pada Isnin dan Selesa