'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus
MUNGKIN ramai di antara anda tidak begitu menggemari telur dalam hidangan harian.
Entah kerana rasanya yang tidak kena dengan selera atau merasakan protein itu tidak cukup mengeyangkan.
Namun di sebalik itu, telur sebenarnya mengandungi pelbagai nutrien penting yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Bagi anda yang selama ini mengelak daripada mengambil telur, janganlah terlalu yakin anda tidak menyukainya.
Silap-silap, makanan 'superfood' inilah yang akan menjadi kunci kepada perubahan besar dalam kesihatan anda suatu hari nanti.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Niannawha, pada awalnya tidak menggemari telur.
MENARIK DIBACA: Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan
MENARIK DIBACA:5 jenis tanaman mudah 'hidup' di dapur, tak payah beli boleh petik kalau nak masak
Namun, selepas mendapat saranan daripada doktor dia mula menjadikan telur sebagai hidangan harian.
Hasilnya? Berat badannya mula turun dalam masa seminggu sahaja.
Menurut perkongsian di laman Threads, dia turut menyedari beberapa perubahan positif lain seperti kurang mengidam makan manis, perut terasa kenyang lebih lama dan berjaya menghentikan tabiat makan selepas pukul 8 malam.

“Tip saya, pagi-pagi sebelum minum minuman manis, ambil dulu telur kemudian barulah makan atau minum apa pun.
“Ini akan bantu melambatkan kenaikan insulin dalam badan. Doktor saya tak ajar cara ini tapi saya baca di internet dan ia betul-betul berkesan untuk saya.
“Saya belum kurus sepenuhnya, tapi sangat gembira sebab berat dah mula turun dan perut pun rasa lebih rata dari sebelum ini.
“Kalau anda seperti saya susah turunkan berat badan disebabkan masalah PCOS atau masalah hormon boleh cuba cara mudah ini mungkin berkesan juga untuk anda,” katanya.
Niannawha turut berkongsi bahawa dia sebelum ini pernah mencuba kaedah intermittent fasting (IF) namun tidak berkesan untuknya.
Kini, dia lebih fokus kepada pengambilan telur secara konsisten.
“Doktor sarankan ambil empat biji telur sehari, tapi saya kadang-kadang makan dua biji sahaja pun dah nampak kesan. Inikan pula kalau cukup empat biji,” tulisnya.
Kini, dia sedang menjalani rawatan untuk hamil (TTC) dan pengambilan telur merupakan antara saranan doktor bagi membantu menurunkan berat badan serta mengawal hormon.