KUALI | Trending

Pulau Pinang Bandar Street Food Terbaik Asia, kalahkan Hanoi dan Bangkok

Lead Image

PULAU Pinang sekali lagi membuktikan statusnya sebagai syurga makanan apabila tersenarai sebagai destinasi makanan jalanan terbaik di Asia.

Menerusi senarai yang dikeluarkan portal antarabangsa Time Out, mendahului carta kerana keistimewaan dan keunikan citarasa dalam setiap sajian.

Gabungan pengaruh Melayu, Cina, Peranakan dan India mencipta pelbagai hidangan ikonik yang memikat hati penggemar makanan dari seluruh dunia.

Antara menu yang wajib dicuba termasuk char kuey teow, asam laksa, roti canai, cendol dan hokkien mee.

Asam laksa antara hidangan ikonik di Pulau Pinang.

Menariknya, penduduk tempatan juga mempunyai pandangan berbeza menjadikan pengalaman food-hunting di Pulau Pinang lebih menyeronokkan.

Portal itu turut mengesyorkan pengunjung mencuba char kuey teow di Man Char Kuey Teow atau Left-handed Char Koay Teow untuk rasa lebih autentik.

Menduduki tangga kedua ialah Hanoi, Vietnam, kota yang terkenal dengan pho, bánh mì dan bún chả yang dijual di lorong-lorong sempit dan sudut jalan sibuk.

MENARIK DIBACA: Malaysia perkukuh kuasa kulinari serantau, lapan sajian masuk senarai 100 terbaik dunia... Mi Bandung ditangga kelima

MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

Sementara itu, Singapura berada di kedudukan ketiga dengan kelebihan lebih 200 pusat penjaja (hawker centres) yang menawarkan sajian bseperti laksa, sup tulang merah dan nasi ayam Hainan.

Kota yang cukup dikenali sebagai antara destinasi street food paling ikonik di dunia iaitu Bangkok pula berada di kedudukan kelapan.

Bangkok terkenal dengan tomyam, pulut mangga, dan penkek pisan dujual di gerai tepi jalan yang meriah hingga larut malam.

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Pulau Pinang bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi juga pusat gastronomi menawarkan pengalaman makan jalanan bertaraf dunia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dari wagon ke 44 cawangan hanya dalam tempoh setahun! Ahmad's Fried Chicken mula tambat hati pelanggan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

Terhangat