Lelaki ini tak pernah rasa nikmat makanan, ‘hidup’ telan 8 liter minyak enjin setiap hari
SEORANG lelaki dari Karnataka, India menjadi perhatian dunia apabila mendedahkan dia bertahan hidup dengan hanya minum minyak pelincir enjin selama 33 tahun.
Lelaki yang digelar 'Kumar minyak' oleh penduduk tempatan itu akan meneguk tujuh ke lapan liter minyak berkenaan setiap hari.
Malah dakwanya dia tidak pernah menyentuh nasi, roti atau sayur-sayuran sepanjang hidupnya dan tiada perasaan teringin untuk mencuba makanan berkenaan.

Menerusi video tular di Instagram, Kumar dilihat sedang duduk di pinggir jalan sambil menikmati bahan api itu yang di isi dalam botol mineral.
Meskipun tabiat berbahaya itu diamalkan bertahun-tahun, Kumar mendakwa dirinya rudak pernah sakit mahupun dimasukkan ke hospital.
Jelasnya, dia percaya tubuhnya dilindungi oleh dewa serta menganggap bahan api itu sebagai sumber tenaga yang membuatkan dia terus sihat.
MENARIK DIBACA: Kreatif habis! Wanita hantar resume dalam bentuk kek span, siap ada QR Code
MENARIK DIBACA: Minyak masak terpakai jangan dibuang, ini 5 tempat boleh dijual selain ejen persendirian
Rakaman tersebut telah meraih lebih 3.9 juta tontonan sejak dimuat naik awal September lalu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata mereka sukar mempercayai kata-kata lelaki itu malah menyifatkan tindakkannya itu sekadar gimik untuk meraih perhatian.
"Biar betul, macam tipu je! Takkanlah tak mati, bahaya kot minyak tu.

"Minyak jenama apa eh dia minum?," komen netizen.
Sekadar info, minyak enjin mengandungi bahan kimia beracun dan logam berat yang boleh merosakkan hati, ginjal serta sistem saraf manusia.
Oleh itu, ia sama sekali tidak sesuai untuk diminum malah boleh membawa maut jika diamalkan.