KUALI | Trending

Malaysia tembus senarai 'World’s 101 Best Steak Restaurants 2025'

Lead Image

BILA sebut tentang steakhouse, ramai pasti membayangkan Argentina dan Australia sebagai 'syurga' untuk menikmati sajian tersebut.

Tidak hairanlah kerana negara-negara tersebut memang terkenal dengan ladang lembu berkualiti dan tradisi memanggang diwarisi sejak turun temurun.

Bagaimanapun, senarai membuktikan sebaliknya - steakhouse terbaik dunia kini datang dari pelbagai pelosok dunia.

Malah negara Asia Tenggara juga semakin menjadi perhatian terutama dalam kalangan penggemar sajian daging premium.

Firewood, Penang berada di ranking ke-68. -FOTO Michelin Guide

Untuk edisi 2025, juara tahun ini sekali lagi menjadi milik Parrilla Don Julio dari Buenos Aires, Argentina yang terkenal dengan daging lembu grass-fed dan teknik memanggang tradisionalnya.

Di kedudukan kedua, Margaret dan Sydney Australia mencuri perhatian dengan konsep masakan berasaskan bahan segar dan gaya memanggang terbuka.

Tempat ketiga pula milik Laia Erretegia dari Basque Country, Sepanyol, yang menggabungkan teknik grill klasik Basque dengan elemen moden untuk mencipta rasa unik.

Di kedudukan keempat, I Due Cippi dari Tuscany, Itali memukau peminat daging dengan koleksi daging dry-aged yang sempurna.

MENARIK DIBACA: ‘ONO Specialty Coffee & Matcha’ kedai kopi ke-9 terbaik dunia, 2 lagi jenama lokal masuk senarai top 100

MENARIK DIBACA: Zencrich Wagyu cipta rekod, pengimport terbesar daging wagyu Jepun halal ke Malaysia

Menariknya, Asia Tenggara berjaya menembusi Top 5 menerusi Burnt Ends dari Singapura yang terkenal dengan konsep open-flame kitchen dan potongan daging premium.

Paling membanggakan, Malaysia juga berjaya menempatkan diri dalam senarai melalui Firewood yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

Restoran ini menduduki kedudukan ke-68, sekaligus mencatat sejarah sebagai wakil pertama Malaysia dalam World’s 101 Best Steak Restaurants.

Pencapaian ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Malaysia’s First Steakhouse in the World’s 101 Best Steak Restaurants'.

Firewood turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. -FOTO @firewood_penang

Keistimewaan firewood tertelak pada kaedah memasak yang unik iaitu menggunakan kayu bakau tempatan sebegai bahan api serta memberi rasa berasap tersendiri.

Malah sentuhan elemen tempatan menjadikan setiap hidangan mempunyai keunikan serta identiti melambangkan Malaysia.

Indonesia juga turut tersenarai di kedudukan ke-90 menerusi restoran Meatguy Steakhouse yang berlokasi di wilayah Bintaro.

Selain Burnt Ends, tiga lagi restoran lain dari Singapura turut berada dalam senarai termasuk Bistecca Tuscan Steakhouse (53), CUT by Wolfgang Puck (59) dan Shatoburian (66).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ada sebab 5 cendawan ini paling mahal di dunia, harganya boleh beli jam tangan mewah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Lelaki ini tak pernah rasa nikmat makanan, ‘hidup’ telan 8 liter minyak enjin setiap hari

Terhangat