KUALI | Trending

Ikan ayu paling cerewet bukan sebab perasan ‘cantik’... Hanya hidup dalam air bersih, rasanya manis macam tembikai

Lead Image

PERNAH dengar tentang ikan ayu? Namanya bukan disebabkan rupanya yang 'cantik' tetapi rasa isinya yang manis seperti buah tembikai.

Disebabkan keistimewaan inilah, ikan ayu turut dikenali dengan jolokan 'sweet fish' dalam kalangan masyarakat di Jepun dan Asia Timur.

Ikan ayu atau nama saintifiknya plecoglossus altivelis merupakan spesies asli Asia Timur dengan taburan semula jadi dari Pulau Hokkaido di utara Jepun sehingga ke Korea Selatan, China, Hong Kong dan utara Vietnam.

Apa menjadikan ikan ini lebih istimewa adalah habitat semula jadinya yang sangat terhad kerana ia hanya boleh hidup di perairan yang sangat bersih seperti tasik dan sungai jernih.

Ikan Ayu atau juga digelar sweet fish (ikan manis) merupakan sejenis ikan yang dianggap istimewa kerana memiliki rasa isinya yang manis seperti buah tembikai.

Jika air itu tercemar, ikan ini tidak akan bertahan hidup dan mati.

Ikan ayu biasanya membesar sehingga panjang 30 sentimeter, tetapi jangka hayatnya pendek — sekadar satu tahun sahaja.

Hanya sebahagian kecil yang mampu hidup lebih lama. Ia hidup dengan memakan alga, rumpai air dan serangga kecil, dan amat sensitif terhadap perubahan alam sekitar.

Disebabkan keunikan sifatnya yang "cerewet" terhadap kualiti air, ikan ini juga sering dikaitkan dengan simbol kemurnian alam semula jadi di Jepun.

MENARIK DIBACA: [V] Berat badan sudah tahap obesiti... Noraniza Idris ‘buang’ 2 perkara ini dalam diet, banyak minum air putih setiap hari

MENARIK DIBACA: Kerepek pisang bakar ranggup macam digoreng, mudahnya nak buat hanya guna 3 bahan

Apa yang benar-benar membezakan ikan Ayu daripada ikan lain adalah rasanya yang manis dan aroma segar seperti buah tembikai.

Dagingnya halus, lembut dan penuh rasa — menjadikannya hidangan yang amat dihargai, terutama semasa musim panas iaitu sekitar Jun hingga September.

Di Jepun, ikan ini sering dimasak dengan cara tradisional seperti shioyaki yang dibakar bersama garam laut atau tempura.

Uniknya, isi perut ikan Ayu tidak dibuang kerana dianggap sangat lazat dan menambah aroma tersendiri kepada hidangan.

Cara memasak ikan ayu sama ada dibakar bersama garam shioyaki atau digoreng untuk dijadikan tempura.

Disebabkan keunikan dan permintaannya yang tinggi, harga seekor ikan Ayu boleh mencecah sekitar 1,339 Yen (±RM38) sekilogram bergantung kepada saiz dan kualiti.

Ia bukan ikan biasa yang boleh didapati sebarangan.

Malah, wilayah Gifu dan Gunma di Jepun mengiktiraf ikan Ayu sebagai ikan kebangsaan mereka, menandakan status istimewa ikan ini dalam budaya dan gastronomi tempatan.

Jika anda berpeluang melancong ke Jepun, cuba cari peluang untuk merasai sendiri keenakan ‘sweet fish’ ini – dan alami sendiri rasa ‘tembikai’ dalam sepotong ikan!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tiada lagi aiskrim, cokelat dan gula-gula... Ini senarai 12 jenis makanan dan minuman dilarang jual di sekolah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Food truck rakyat Malaysia kena serbu di NZ, nasi lemak bebas gluten kegemaran pelanggan

Terhangat