Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk
KALAU anda memang ‘hantu pedas’, inilah masanya untuk uji sejauh mana lidah anda boleh bertahan!
Kena pula anda suka mencari sesuatu yang lain daripada biasa bukan pedas kosong, tapi ada rasa kick — NakNak lah jawapannya.
Berita baiknya, kali ini NakNak bawakan fiery geprek series, gabungan berani sambal lokal dan gaya ayam goreng Korea yang sudah pasti buat anda tak boleh berhenti mengunyah.

Diinspirasikan daripada trend ayam geprek yang kian digilai ramai, NakNak mengetengahkan dua hidangan utama fiery geprek burger dan fiery geprek NakDak.
Buat anda yang mencuba fiery geprek burger ini, ia bukan sekadar burger biasa.
Gabungan sempurna antara paha ayam goreng rangup keemasan bersama sambal pedas eksklusif buatan NakNak pasti buat ramai 'berkicap'.
MENARIK DIBACA: Setiap negeri ada keunikan tersendiri, jenis laksa mana kegemaran anda?
MENARIK DIBACA: Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus
Dicampur pula kobis goreng rangup sos mayo kicap hitam penuh berkrim dan kaya rasa, semuanya disatukan dalam roti bun lembut yang disalai mentega.
Ditawarkan pada harga bermula RM16.90, ia adalah pengalaman rasa yang sukar dilupakan dan mungkin juga menjadi ujian ketahanan lidah anda!
Tak kurang hebat, fiery geprek NakNak adalah pilihan tepat buat anda yang lebih gemar makan tanpa roti.

Menggunakan paha ayam tanpa tulang digoreng segar hingga rangup kemudian disalut sambal cili NakNak, hidangan ini pasti buat ramai yang terliur akan kelazatannya.
Ditambah pula kobis goreng dan siraman mayo kicap hitam, hidangan ini menyatukan elemen klasik Korea dengan cita rasa pedas Malaysia.
Setiap potongan ayam menawarkan keseimbangan antara rangup, lembut dan pedas membuatkan anda terus-terusan menyudu tanpa henti.
Dan dengan harga bermula RM15.90, ia pastinya berbaloi untuk dinikmati lebih dari sekali.
Tak sabar mahu mencuba burger edisi ini? Sabar fiery geprek series akan tersedia untuk masa terhad di semua cawangan NakNak seluruh negara bermula 21 Oktober 2025 untuk dine-in dan bawa pulang.