RM8 secawan! Muzium di Beijing jual kopi lipas, rasanya tak seteruk disangka
KOPI tahi musang atau luwak yang cukup popular di Indonesia mungkin dianggap ekstrim bagi penggemar minuman itu.
Tapi tahukah anda wujud kopi di adun dengan lipas dan ulat kuning yang dikisar halus di dalamnya.
Sebuah muzium di Beijing, China mencuri perhatian apabila melancarkan koleksi minuman berasaskan serangga tersebut dengan harga kira-kira RM8 (45 yuan) secawan.

Meskipun kedengaran pelik, minuman itu dikatakan selamat diminum memandangkan bahan diperoleh dari kedai herba perubatan tradisional Cina.
Malah, serbuk lipas dipercayai boleh membantu peredaran darah manakala ulat kuning pula kaya dengan protein yang meningkatkan sistem imun.
Sejak dijual bermula awal Julai lalu, kopi itu mempunyai peminat tersendiri bahkah ramai menggambarkan rasanya tidaklah seteruk disangka.
MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu
MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula
Menurut ulasan pelanggan di media sosial, kopi tersebut mempunyai rasa hangus dan sedikit masam tetapi tidak begitu ketara.
Selain kopi lipas, muzim itu turut memperkenalkan minuman unik lain seperti kopi dari cecair pencernaan tumbuhan pitcer dan kopi berasaskan semut sempena tema serangga.
Minuman kopi pelik bukanlah perkara asing di China memandangkan negara itu pernah tular dengan trend kopi dicampur ulat goreng dan latte bersama serbuk cili.