KUALI | Nutrisi

Sampai lemah badan cirit-birit... Air rebusan nasi penawarnya, siap boleh cantikkan kulit

Lead Image

PETUA orang lama sememangnya sarat dengan kebaikan, termasuklah amalan minum air rebusan nasi yang kaya dengan nutrien.

Selain mudah disediakan, air rebusan nasi dipercayai membantu merawat pelbagai masalah kesihatan dalaman serta memberi kesan baik terhadap kulit.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai menggantikan susu formula atau susu ibu untuk diberikan kepada bayi berusia bawah enam bulan kerana kekurangan nutrien penting seperti kalsium dan protein.

MENARIK DIBACA: Resipi kek laici memang mudah... Hasilnya gebu lembut, cair dalam mulut

MENARIK DIBACA: The Rock Chilli Queen ajar ibu mentua makan budu, puji rasanya lagi sedap daripada cincaluk - “Lepas ni auto kecek Klate”

Selain bayi, individu yang menghidap diabetes juga diingatkan supaya mengelak daripada minum air rebusan nasi kerana kandungan kanji yang tinggi dan boleh meningkatkan bacaan gula dalam darah.

Namun dalam artikel kali ini, Kuali akan kongsikan lapan manfaat mengamalkan air rebusan nasi. 

Minum air rebusan nasi membantu mengurangkan masalah cirit-birit dan memberi keselesaan pada perut yang sensitif.

1. Merawat cirit-birit

Air nasi membantu mengurangkan masalah cirit-birit ringan mengurangkan kehilangan bendalir serta mengembalikan tenaga.

Air rebusan nasi boleh melegakan masalah pedih ulu hati kerana sifatnya mudah dihadam.

2.Mengatasi masalah pedih ulu hati

Minum segelas air nasi setiap hari berkesan melegakan masalah kembung perut, pedih ulu hati dan sembelit.

Kelebihan minum air nasi berupaya menstabilkan suhu badan dan membantu menggantikan cecair badan yang hilang.

3. Mencegah dehidrasi

Air nasi berupaya bertindak sebagai ejen dehidrasi semula jadi, menstabilkan suhu badan dan membantu menggantikan cecair badan yang hilang.

Karbohidrat dalam air nasi mudah diserap oleh badan dan memulihkan tenaga ketika demam.

4. Sumber tenaga segera

Karbohidrat dalam air nasi mudah diserap oleh badan, sekali gus menjadi sumber minuman yang baik untuk memulihkan tenaga terutama ketika demam atau keletihan.

Kandungan antioksidan dan mineral membantu meningkatkan metabolisma badan.

5. Meningkatkan sistem imunisasi

Air nasi kaya dengan antioksidan dan mineral yang membantu meningkatkan metabolisma dan imuniti.

Air nasi atau air basuhan beras boleh dijadikan toner untuk mencerahkan wajah.

6. Mencerahkan kulit

Air nasi atau air basuhan beras boleh digunakan sebagai toner dan pencuci mula sehingga dapat membantu melembapkan serta mencerahkan kulit.

Kandungan antioksidan membantu melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

7. Anti penuaan

Kandungan antioksidan seperti inositol dalam air nasi termasuk air beras membantu melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

Minum air nasi terutama daripada beras perang membantu meredakan senggugut kerana mengandungi nutrien seperti magnesium dan vitamin B.

8. Meredakan senggugut

Minum air nasi juga membantu meredakan rasa kejang oleh senggugut ketika haid.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Lima makanan ini tak boleh dipanaskan semula, boleh jadi racun dan penyebab kanser

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kebas kaki dan tangan petanda gula meroket, 3 bahan ini bantu legakan masalah saraf 

Terhangat