KUALI | Nutrisi

Lima makanan ini tak boleh dipanaskan semula, boleh jadi racun dan penyebab kanser

Lead Image

MEMANASKAN semula lebihan makanan adalah perkara biasa bagi mengelakkan pembaziran selain ia masih elok untuk dimakan.

Namun hakikatnya, tidak semua makanan selamat dipanaskan berulang kali kerana ia boleh menjejaskan kandungan nutrisi serta memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Terdapat lima jenis makanan yang tidak digalakkan untuk dipanaskan semula kerana ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Panaskan semula telur boleh menyebabkan masalah usus serta menjejaskan sistem pencernaan.

1. Telur

Menurut pakar keselamatan makanan, telur tidak digalakkan untuk dipanaskan semula kerana kandungan protein tinggi dalam telur boleh menghasilkan toksik (racun).

Jika tidak bernasib baik, ia boleh menyebabkan masalah usus serta menjejaskan sistem pencernaan.

Memanaskan semula sayur bayam berisiko boleh menyebabkan kanser.

2. Bayam

Memanaskan semula bayam boleh menimbulkan risiko kesihatan kerana kandungan nitratnya boleh bertukar kepada nitrit yang bersifat karsinogen iaitu penyebab kanser.

MENARIK DIBACA: Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

MENARIK DIBACA: [V] Warong Lubok Talam 'port' tersembunyi pencinta lauk kampung dan kaki pancing

Bagaimanapun, ia tidak berbahaya jika dipanaskan sekali secara singkat pada suhu rendah dan dimakan segera.

Memanaskan semula lobak boleh menukar kandungan nitrat kepada racun berbahaya.

3. Lobak

Lobak juga termasuk antara makanan tidak digalakkan untuk dipanaskan semula kerana mengandungi nitrat dan boleh menjadi racun dan sekali gus menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Memanaskan semula cendawan boleh menyebabkan masalah sakit perut.

4. Cendawan

Cendawan sebaiknya tidak dipanaskan semula kerana kandungan protein dan mikronutriennya boleh menjadi rosak disebabkan oleh bakteria hingga boleh menyebabkan masalah sakit perut.

Kandungan protein tinggi dalam ayam boleh terurai dan sukar dicerna jika dipanaskan semula.

5. Ayam

Kandungan protein dalam ayam boleh terurai dan sukar dicerna jika dipanaskan semula hingga boleh menyebabkan sakit perut atau masalah pencernaan.

Keadaan ini berlaku jika pemanasan dilakukan tidak sekata atau terlalu tinggi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Mudah, selamat dan berkesan... Jus 3 bahan ini bantu atasi perut buncit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Sampai lemah badan cirit-birit... Air rebusan nasi penawarnya, siap boleh cantikkan kulit

Terhangat