KUALI | Nutrisi

Mudah, selamat dan berkesan... Jus 3 bahan ini bantu atasi perut buncit

Lead Image

MASALAH perut buncit membuatkan ramai rasa kurang yakin, lebih-lebih lagi bila diet dan senaman masih belum menunjukkan hasil. 

Menariknya, terdapat petua semula jadi menggunakan tiga bahan dapur ringkas dan mudah disediakan untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Gabungan bahan ini bukan sahaja membantu melancarkan pencernaan, malah dijadikan petua mengempiskan perut secara semula jadi hanya dalam masa tiga hari.

Namun diingatkan kepada pesakit gastrik supaya berhati-hati kerana sifat asidnya yang tinggi boleh memburukkan simptom.

MENARIK DIBACA: Pankek pisang sajian sarapan sihat, idea resipi bekal anak-anak ke sekolah

MENARIK DIBACA: Resipi bingka tepung beras tak lapuk dek zaman

Bahan-bahan

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji lemon/limau nipis

Langkah penyediaan

  1. Hiris kasar kesemua bahan dan rebus bersama kira-kira tiga cawan air selama 15 minit.
  2. Tapis air rebusan untuk dapatkan jusnya sahaja.
  3. Ambil satu gelas jus rebusan ini setiap pagi sebelum sarapan atau ketika perut kosong.
  4. Jus rebusan bawang putih, halia dan lemon ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Sourdough pilihan baik buat pesakit diabetes, bantu lancar pencernaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Lima makanan ini tak boleh dipanaskan semula, boleh jadi racun dan penyebab kanser

Terhangat