info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Guna spageti, rasa biasa... Laksa Johor didakwa 'overrated' - "Negeri lain bangga guna mi tempatan"

Lead Image

MALAYSIA terkenal dengan pelbagai jenis laksa yang mempunyai identiti dan keunikan tersendiri mengikut negeri.

Mengenai rasa untuk setiap jenis sajian ini pula, ia sememangnya subjektif kerana setiap individu mempunyai selera dan cita rasa berbeza.

Seorang pengguna laman Threads mencetuskan perbincangan hangat selepas mendakwa laksa Johor merupakan 'laksa paling overrated' atau 'diangkat' secara berlebihan di Malaysia.

Dia berpendapat penggunaan spageti dalam sajian laksa Johor membuatkan hidangan itu berbeza dengan laksa negeri lain yang menggunakan mi tempatan.

"Pendapat yang tak popular: Laksa Johor ni paling 'overrated' dalam Malaysia.

Hidangan laksa Johor sebenarnya sukar ditemui berbanding laksa lain yang lebih meluas dijual di seluruh negara.

"Laksa yang guna spageti tu dah rasa macam agak 'bermegah' sikit. Laksa lain semua bangga guna mi tempatan tapi laksa Johor macam nak pergi masuk festival makanan Itali.

"Yang paling teruk? Spageti tu langsung tak buat rasanya jadi lebih sedap pun.

"Aku tetap pilih laksa asam Penang. Lagi padu, masam, pedas dan memang rasa Malaysia," tulisnya.

MENARIK DIBACA: 5 teknik peram buah agar cepat masak, tak perlu tunggu lama untuk makan

MENARIK DIBACA: Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

Di ruangan komen, kenyataan itu tidak dipersetujui ramai netizen yang tampil mempertahankan keunikan laksa Johor.

Mereka menolak pendapat bahawa masyarakat berlebih-lebihan memberi perhatian terhadap sajian itu, dengan alasan amat sukar untuk dibeli berbanding laksa negeri lain yang dijual secara meluas di seluruh negara.

"Tak seperti yang digambarkan? Seriuslah? Saya dah pernah tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan malah pernah pergi hampir semua negeri di Malaysia tapi tak pernah pula nampak laksa Johor dijual merata-rata.

Antara komen di Threads.

"Yang banyak dijual adalah laksa Penang atau laksa Kedah. Laksa Johor sangat susah nak dapat, jadi apa yang 'overrated' sangat?

"Laksa Penang dan Sarawak ada dijual di Johor tapi laksa Johor dekat negeri lain memang susah nak jumpa sebab bukan semua orang pandai buat kuahnya.

"Kalau betul-betul 'overrated' mesti tepi jalan pun boleh jumpa. Tapi hakikatnya memang susah," antara komen warganet.

Dalam pada itu ada yang berpendapat keistimewaan laksa Johor terletak pada statusnya yang eksklusif dan bukan dijual di calang-calang tempat.

"Laksa Johor bukan 'overrated' tapi jarang dijumpai. Tak dijual tepi jalan dan ada kelas tersendiri.

"Ah tak de, pada saya laksa Johor memang sedap. Dah la susah nak cari," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Peserta Malaysia menang cabaran MasterChef, menu roti canai cecah kari sambil tonton Piala Dunia tambat hati juri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Isteri urut dada suami makan spageti 'kuah' krim kopi ais - "Orang lelaki jangan bagi menu mewah"

Terhangat