KUALI | Sihat

Guna 3 bahan ini untuk buat minuman 'pembakar lemak', bantu kawal nafsu makan

Lead Image

RAMAI dalam kalangan kita masih lagi dalam 'mood' lebaran dengan jemputan rumah terbuka tak putus-putus.

Makan pula tak ingat dunia, pendek kata selagi boleh 'telan' apa yang dihidangkan akan terus disuap ke mulut.

Kesan apabila makan banyak tanpa kawalan, berat badan pun mulalah naik dengan lemak berkumpul di sana sini.

Apa kata ikut petua ini yang dikatakan membantu membakar lemak dengan cepat, menggunakan bahan semula jadi yang lebih selamat dan menyihatkan.

Lebih menarik, amalan ini juga dikatakan baik untuk sistem pencernaan serta membantu mengawal selera makan jika diamalkan secara konsisten.

Bahan yang digunakan juga mudah iaitu buah kurma, halia dan lemon yang direbus bersama.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kurma
  • 1/2 biji lemon
  • 1 inci halia
  • 2 gelas air

MENARIK DIBACA: Elak pembaziran cawan plastik semasa rumah terbuka, wanita ini tulis nombor... Siap gurau ada cabutan bertuah

MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!

Cara penyediaan:

  1. Basuh semua bahan hingga bersih.
  2. Hiris halia dan potong lemon.
  3. Masukkan kurma, lemon dan halia ke dalam periuk.
  4. Tambah dua gelas air dan rebus selama 10 hingga 15 minit
  5. Minum satu gelas pada waktu pagi sebelum makan. Boleh juga diminum pada waktu malam sebelum tidur.
Musim perayaan selalunya diisi dengan kegiatan makan di rumah terbuka.

Kebaikan:

  • Membantu mempercepatkan pembakaran lemak.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Mengurangkan selera makan berlebihan.
  • Membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Minum air sejuk ketika musim panas punca salur darah pecah... Fakta atau mitos?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Nanas banyak khasiat, betul ke jika ibu hamil makan akan keguguran?

Terhangat