KUALI | Trending

Jangan terpedaya! Makanan enak diusung sana sini mungkin sebuah beg tangan

Lead Image

BAYANGKAN anda membawa sebuah beg tangan berbentuk roti panjang atau kek span yang rekaannya begitu realistik sampai rasa macam nak makan. 

Pasti seronok kalau dapat memilik beg tangan sebegitu, bukan?

Itulah idea kreatif produk dari RommydeBommy, jenama yang kini mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Jenama ini dihasilkan oleh pereka fesyen dan artis dari Belanda, Rommy Kuperus yang terkenal dengan beg tangan, dompet dan aksesori berbentuk makanan menyerupai objek sebenar dengan ketelitian pembuatan yang mengagumkan.

Salah satu rekaannya yang viral ialah beg berbentuk kotak strawberi bersalut coklat yang menarik perhatian pengguna TikTok di seluruh dunia.

Siapa Rommy Kuperus?

Rommy Kuperus, 30 tahun, mula mempamerkan rekaan beg pertamanya di TikTok pada Jun 2021. 

Dalam tempoh kurang dari dua tahun, dia berjaya mengumpul lebih 300,000 pengikut, majoriti dari Amerika Syarikat yang mengagumi kreativiti dan keunikan karyanya.

Dalam temu bual bersama BuzzFeed, Kuperus menjelaskan bahawa idea ini timbul ketika berkunjung ke pasar raya tempatan yang memberinya inspirasi apabila berada di muzium seni. 

Dia menghasilkan produk bertemakan makanan kerana sukar mendapatkannya di pasaran.

Menarik, bukan? Jom kita lihat koleksi beg bertemakan makanan daripada RommydeBommy:

Beg baguette ini kelihatan seperti roti Perancis sebenar.

1. Baguette

Beg berbentuk baguette ini bukan sekadar gaya tetapi hampir sama dengan roti Perancis panjang yang banyak dijual di pasaran.

Dihasilkan daripada tanah liat khas yang diadun sendiri,  rekaan ini sangat realistik sehingga seakan boleh dimakan termasuklah versi 'garlic bread'.

MENARIK DIBACA:  Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

MENARIK DIBACA:5 pilihan tip simpan udang... Kekal segar lepas berhari-hari, tekstur pun tak 'lari'

Beg kentang bakar ini memang kelihatan unik dan mewah.

2. Kentang bakar

Beg berbentuk kentang bakar ini dilengkapkan dengan 'sour cream', 'chive' dan rantai warna emas tebal menjadikannya aksesori unik sesuai untuk majlis santai atau sebagai koleksi peribadi.

Beg galas uncang teh iniwalaupun kecil tetapi unik dan penuh kreativiti.

3. Beg galas uncang teh

Selain beg tangan dan dompet, Kuperus juga menghasilkan beg galas yang kreatif.

Salah satu reka bentuk paling menarik ialah beg berbentuk uncang teh kecil, unik dan pasti mencuri perhatian.

Kreativiti sebegini menonjolkan bahawa aksesori boleh menjadi seni yang menyeronokkan.

Aksesori gabungan telur, kotak karton dan roti menjadi beg tangan luar biasa.

4. Beg telur dan roti

Beg bertemakan telur dalam kotaknya adalah antara reka bentuk paling kreatif. 

Ia digabungkan dengan sekeping roti yang menyerlahkan gaya food-inspired accessories unik.

Beg tangan berbentuk kek span ini memerlukan proses pembuatan selama dua minggu.

5. Kek span

Beg berbentuk kek span ini mengekalkan fungsi sebenar beg tangan. 

Reka bentuk ini memerlukan proses panjang di mana tanah liat putih perlu keringkan selama seminggu sebelum dibuat lubang sebelum dicat dan siap digunakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Makanan menyedihkan, mahal, servis 'ke laut'! Kecewa makan kedai tepi pantai di Terengganu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Daging liat walau dah masak lama, lelaki angkut periuk ke balai... Tindakan polis tak dijangka!

Terhangat