info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Ahli arkeologi jumpa cengkih tertua di dunia, dibawa tempuh perjalanan 7,000km dari Indonesia

Lead Image

CENGKIH mungkin dianggap rempah biasa di dapur, tetapi suatu ketika dahulu ia merupakan antara komoditi paling berharga di dunia.

Menurut laporan Times of India, ahli arkeologi menemui cengkih purba yang dipercayai paling tua pernah direkodkan ketika menjalankan penggalian di Pelabuhan Mantai di barat laut Sri Lanka.

Penemuan di pelabuhan kuno itu memberi gambaran berkenaan perdagangan rempah dari Nusantara merentasi laut sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Pelabuhan Mantai pernah menjadi antarapelabuhan perdagangan paling penting sehingga sekitar tahun 1400 Masihi.

Penemuan itu menarik perhatian kerana cengkih bukan tumbuhan asli Sri Lanka. 

Rempah itu sebenarnya berasal dari Kepulauan Maluku, Indonesia yang suatu ketika dahulu cukup terkenal sebagai Kepulauan Rempah.

MENARIK DIBACA: Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

MENARIK DIBACA: Enam jenis rempah ‘mat salleh’ ini cukup serasi dengan masakan tempatan

Berdasarkan analisis pentarikhan radiokarbon, kawasan Mantai telah didiami sejak sekitar 200 sebelum Masihi (SM) sebelum berkembang menjadi antara pelabuhan perdagangan paling penting sehingga sekitar tahun 1400 Masihi.

Penyelidik menganggarkan kuncup cengkih yang ditemui itu berasal dari sekitar tahun 900 hingga 1100 Masihi. 

Jika disahkan, ia bakal menjadi cengkih arkeologi tertua yang pernah ditemui di dunia.

Cengkih merupaka rempah penting yang menjadi penyedap dalam masakan.

Mereka turut percaya cengkih itu menempuh perjalanan hampir 7,000 kilometer dari Kepulauan Maluku ke Sri Lanka sebelum diperdagangkan ke kawasan lain melalui laluan laut.

Selain cengkih, ahli arkeologi turut menemui lapan biji lada hitam yang masih boleh dikenal pasti serta beberapa lagi bijirin yang dipercayai lada.

Sisa lada hitam tertua di tapak itu pula dianggarkan berasal sekitar tahun 600 Masihi dan dipercayai dibawa dari kawasan Ghats Barat di India.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Mengamuk lihat cara baharu nasi ambeng disajikan - "Pandai-pandai letak sambal belacan"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Peniaga biasanya tak basuh dulu, ramai keliru kuetiau perlu cuci atau tak sebelum dimasak

Terhangat