KUALI | Tip & Trik

Enam jenis rempah ‘mat salleh’ ini cukup serasi dengan masakan tempatan

Lead Image

DALAM dunia masakan, rempah adalah elemen penting menghidupkan rasa dan aroma sesuatu hidangan.

Walaupun juadah Melayu kaya dengan rempah-ratus tradisional seperti serai, halia, lengkuas dan kunyit -  tidak ramai tahu banyak rempah dari Barat 'serasi' dengan masakan tempatan.

Menggabungkan rempah Barat ke dalam masakan tempatan membuka peluang memberi nafas segar kepada hidangan klasik lebih lagi buat individu gemar bereksperimen.

Herba Barat memiliki aroma lebih kuat.

Tip gabungan selamat, gunakan rempah Barat dalam kuantiti kecil dahulu kerana aromanya biasanya lebih kuat berbanding rempah tempatan.

Tapi sebelum mencuba ketahui terlebih dahulu karakter rempah ratus Barat paling popular terdapat di pasaran dan kerap digunakan.

Berikut ialah enam rempah Barat sesuai digabungkan dalam masakan tempatan.

Rosemary memiliki ciri-ciri herba berdaun halus dan bau segar.

1. Rosemary

Memiliki ciri-ciri herba berdaun halus, bau segar herba ini digunakan secara meluas dalam masakan Barat sebagai bahan perapan ayam panggang, kentang bakar dan daging kambing.

Jika ingin menggunakan bahan ini dalam masakan lokal, ia sesuai digunakan dalam perapan bahan untuk dibakar seperti ayam percik atau ayam madu.

MENARIK DIBACA: Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!

MENARIK DIBACA: Jangan pandang ringan, tabiat kunyah ais rupanya isyarat awal anemia

Herba ini juga boleh ditambah ke dalam nasi minyak atau nasi beriani untuk aroma berbeza.

2. Thyme

Asal kegunaan daun herba ini penting untuk membangkitkan aroma sajian berasaskan sup, rebusan daging dan inti ayam. 

Ciri-ciri bahan ini yang harum dengan sedikit rasa pedas menjadikan ia sesuai digunakan dalam masakan tempatan seperti sup tulang, sup ayam kampung atau masak lemak cili padi daging salai. 

Oregano antara herba banyak digunakan dalam masakan Barat.

3. Oregano

Oregano selalunya digunakan sebagai bahan utama dalam piza, pasta dan masakan Itali.

Rempah ini memberikan rasa pedas ringan dan sedikit pahit selain aroma agak kuat.

Jika ingin menggabungkan bahan ini dalam sajian lokal, boleh tabur ke atas nasi goreng kampung, mi goreng mamak atau telur dadar untuk membangkitkan rasa tambahan.

Ia juga enak dalam sambal tumis ikan bilis untuk rasa fusion luar biasa.

4. Basil

Memberikan aroma wangi, sedikit manis dan pedas, basil atau daun kemangi ini mirip daun selasih Thai.

Daun ini penting dalam masakan Mediterranean seperti pasta, pesto dan salad.

Jika ingin menambah rempah ini dalam masakan tempatan, ia sesuai digunakan untuk menu seperti daging masak merah dan sambal belacan. 

5. Parsley

Ringan, segar dan sedikit pahit, asal kegunaan herba ini adalah sebagai hiasan serta penambah rasa dalam salad, pasta mahupun sup.

Bahan ini juga sesuai digunakan untuk masakan seperti soto, laksa utara dam bubur lambuk sebagai pengganti daun ketumbar.

Herba ini juga enak jika dicincang halus dan dicampur dalam begedil, lepat pisang goreng atau nasi goreng kampung.

6. Bay Leaf 

Daun ini turut dikenali daun salam barat dan sebenarnya kerap digunakan dalam masakan lokal seperti kari ayam atau daging masak hitam dan kurma. 

Ia memberikan aroma lembut dan rasa herba mendalam semasa memasak.

Di Eropah, daun ini selalunya digunakan dalam sup, stew dan pembuatan sos.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Span cuci pinggan tempat bakteria membiak, bersih guna microwave paling berkesan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini

Terhangat