KUALI | Tip & Trik

Span cuci pinggan tempat bakteria membiak, bersih guna microwave paling berkesan

Lead Image

RAMAI menganggap span cuci pinggan adalah alat paling bersih kerana ia digunakan untuk mencuci perkakas dapur.

Namun menurut pakar kesihatan, span boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan pathogen berbahaya jika ia tidak dijaga dengan betul.

Ini kerana span yang digunakan setiap hari sebenarnya boleh menampung ribuan bakteria kerana struktur berporinya.

Berikut empat kesilapan biasa yang sering dilakukan ketika menggunakan span cuci pinggan dan cara yang betul mengelakkannya.

Keadaan lempab meningkatkan pembiakan bakeria.

1. Membiarkan span basah

Span lembap mencipta persekitaran sempurna untuk bekteria membiak lebih-lebih lagi dalam keadaan suhu dapur yang hangat.

Oleh itu pastikan ia diperah hingga kering selepas digunakan dan tidak dibiarkan dalam keadaan basah.

Elakkan simpan di tempat terbuka.

2. Menyimpan di tempat salah

Span yang disimpan di dalam bekas tertutup atau lembap akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria.

Sebaiknya letak di kawasan yang kering dan terbuka agar cepat kering sepenuhnya.

Elakkan guna span yang sama untuk mengelap meja.

3. Guna span untuk lap menja

Menggunakan span yang sama untuk mencuci pinggan dan mengelap meja boleh menyebabkan pencemaran silang.

MENARIK DIBACA: Bukan sahaja berbeza rasa, fungsi dan kegunaan salted dan unsalted butter pun tak sama

MENARIK DIBACA: Minyak masak kotor kembali jernih, Richard Is Cooking ajar caranya guna tepung jagung

Malah boleh menyebarkan bakteria ke seluruh permukaan dapur. 

Oleh itu, gunakan tisu dapur atau kain bersih bersama disinfektan sebagai ganti.

Tempoh terbaik menyimpan span satu sehingga dua minggu.

4. Guna span terlalu lama

Walaupun tiada tempoh tetap, span perlu ditukarkan secara berkala terutamanya bagi mereka yang rajin memasakn di rumah.

Tempoh yang terbaik sekurang-kurangnya satu sehingga dua minggu.

Boleh juga dibersihkan dalam ketuhar gelombang mikro 2-3 kali seminggu untuk kurangkan bakteria.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Penggemarnya ramai tapi tak tahu masak! Ikut 7 langkah ini pasti paru tak hanyir dan rangup

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Enam jenis rempah ‘mat salleh’ ini cukup serasi dengan masakan tempatan

Terhangat