info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Banyak punca cili kisar cepat rosak, Kak KM kongsi teknik betul penyimpanan

Lead Image

CILI giling antara bahan utama untuk hasilkan pelbagai hidangan Melayu, jadi tak hairanlah kalau buka peti sejuk mak-mak memang sentiasa ada stok bahan ini.

Tapi kalau salah cara memproses dan menyimpan, cili giling boleh jadi masam dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut perkongsian usahawan sensasi Kak KM, dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan cili giling yang dihasilkan tahan lebih lama.

Kak KM berkongsi petua berkenaan menerusi hantaran di laman Threads.

Jelasnya, proses itu perlu bermula dari awal termasuk penggunaan air ketika mengisar sehinggalah kepada cara penyimpanan.

“Ramai orang tanya Kak KM, macam mana simpan cili kering. Ramai orang cakap cili diaorang masam lepas dua hari,” katanya menerusi hantaran video di laman Threads.

Berikut antara tip dikongsikan Kak KM untuk memastikan cili giling tahan lama:-

MENARIK DIBACA: Dikritik pakai seksi, tak ikut SOP ketika jual pes pasta... Nabila Huda ambil maklum teguran

MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua

1. Kisar guna air minum

Menurutnya, cili perlu dikisar menggunakan air minum atau air yang sudah dimasak dan bukannya air mentah bagi mengelakkan bahan cepat rosak.

2. Gunakan bekas kedap udara

Selain itu, bekas penyimpanan juga mestilah kering dan kedap udara supaya cili tidak mudah tercemar atau terkena wap air yang boleh mempercepatkan proses rosak.

3. Pastikan peti sejuk sentiasa sejuk

Menurut Kak KM, tip terakhir ini paling penting kerana suhu peti ais memainkan peranan besar dalam memastikan cili tahan lama.

Katanya, peti ais yang terlalu penuh boleh menyebabkan suhu tidak sekata sekali gus membuatkan cili giling cepat rosak.

“Jangan bagi peti sumbat-sumbat barang sampai dah tak sejuk. Itulah punca cili giling masam dengan cepat,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Viktor Axelsen lepas geram, pergi Pulau Pinang 'order' makanan penuh meja

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Nelydia akui suami lebih handal masak, selalu buat kejutan - "Dia yang jaga perut saya"

play

Terhangat