Dikritik pakai seksi, tak ikut SOP ketika jual pes pasta... Nabila Huda ambil maklum teguran
KETIKA sibuk dengan aktiviti sampingan iaitu memperkenalkan produk pes pasta miliknya, Amore In Cucina, pelakon Nabila Huda ditegur oleh warganet berhubung pemakaiannya.
Penampilan aktres itu dilihat seksi malah dianggap tidak sesuai ketika melakukan tugas-tugas mengendalikan makanan.
Menyedari tentang perkara ini, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Binti Suhaimi, 42, tampil menjawab kritikan netizen.
Menurut Nabila, dia keliru mengapa setiap perkara yang dilakukan sering menjadi perhatian dan dijadikan bahan kecaman oleh orang ramai termasuklah pemakaiannya.

“Yang kecam ni expect Abil pakai jubah ke macam mana ni? Kadang sedih juga bila benda yang dibuat dengan ikhlas and happy-happy bertukar jadi benda orang nak kecam every single thing.
“Saya tak kacau hidup orang pun. Tak faham kenapa ada yang mata merah (sangat tengok kita nak gembirakan supporters saya,” katanya dalam hantaran di laman Threads.
Tegas pelakon itu lagi, perniagaan pes pasta yang diusahakan melalui program jelajah Amore in Cucina di negeri-negeri tertentu hanyalah dibuat secara kecil-kecilan dan tidak menjana keuntungan besar.
Jelasnya, ia sekadar platform untuk mendekatkan diri dengan para peminat yang menyokong dirinya selama ini.
MENARIK DIBACA: Nabila Huda jual sos pasta ‘home cook’, rancang food tour satu Malaysia
MENARIK DIBACA: [V] 10 fakta truffle, bahan hitam dalam pasta Nabila Huda... 'Check' harga ramai 'undur diri'
“Ini bukan bisnes besar. Ni bukan restoran. Ni bukan food festival. Ni bukan ‘serious company’ yang ada huge production team, chef team, staf berpuluh orang bagai.
“Ini macam homecook yang masak dekat rumah and share with people yang nak rasa masakan Abil.
“This is just something fun. Ikhlas daripada saya sebab saya nak travel jumpa supporters dan bagi mereka rasa masakan saya sendiri,” ujarnya yang baru selesai mengadakan 'tour' di sebuah kafe di Melaka pada Sabtu.
Di ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menjelaskan bahawa teguran dibuat bukan semata-mata disebabkan pakaiannya yang terdedah.

Sebaliknya, Nabila perlu mengenakan pakaian lebih sesuai mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika mengendalikan makanan selain mematuhi aspek kebersihan apabila melibatkan pelanggan.
"Jual dekat gerai atau dekat TRX kalau nak masak suka-suka, buat dekat rumah ajak kawan-kawan makan. Tapi kalau dah menjual, tak boleh guna alasan hanya 'kecil-kecilan'," kata seorang netizen.
Seorang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihatkan aktres itu supaya mengikuti kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid walaupun perniagaan dijalankan dalam skala kecil.
“Sebagai pegawai kesihatan di KKM, pergilah ambil kursus pengendalian makanan dan suntikan typhoid. Walaupun jual dalam kuantiti kecil, mereka tetap pengguna.
“Apa-apa yang berkaitan dengan F&B memang wajib buat dua perkara ini,” tulis individu berkenaan.
Nabila kemudian tampil mengucapkan terima kasih susulan saranan tersebut.
"OK terima kasih kerana kongsi perkara ni dengan saya dan saya sangat hargai nasihat macam ni.
Terima kasih kerana beritahu saya dengan ikhlas dan cakap baik-baik," katanya.