info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

[V] 'Padah' setiap hari makan nasi 3 pinggan, kuah banjir! Ahirine Ahirudin menangis seluar jeans tak muat

MELIHAT penampilannya sekarang dengan susuk tubuh langsing dan anggun, siapa sangka pelakon berbakat besar, Ahirine Ahirudin pernah mengalami masalah berat badan ketika zaman persekolahan.

Menurut pelakon filem aksi itu, dia sangat kuat makan ketika zaman remaja, malah 'wajib' makan sehingga tiga pinggan nasi penuh sehari.

Gara-gara tabiat pemakanannya yang tidak terkawal, berat badan wanita berusia 29 tahun ini mencecah 70 kilogram (kg) ketika berusia 15 tahun.

Selepas tiga bulan, Ahirine berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg.

"Ketika di tingkatan tiga, berat badan saya pernah mencecah sehingga 70kg.

"Puncanya sebab dulu saya memang tidak jaga makan. Sehari saya wajib makan tiga pinggan nasi penuh!

"Lauk pula kuah kari banjir. Di sekolah pula, bawah meja penuh dengan coklat dan gula-gula," kata pelakon filem Mikael: Pemburu Dua Alam itu.

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Resipi puding buah naga berkhasiat, sesuai untuk bayi mula belajar makan

Bagaimanapun kesedaran mengenai masalah berat badannya timbul selepas Ahirine mengalami kesukaran untuk memakai seluar jeans kerana ketat.

Ibarat satu tamparan hebat, Ahirine menangis mengenangkan masalah berat badannnya ketika itu.

"Saya nak sarung seluar jeans tak boleh sebab ketat sehingga saya menangis.

"Sejak itu saya mula sedar perlu lakukan sesuatu iaitu bersenam dan menjaga pemakanan.

"Dalam hanya masa tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 14kg, namun dengan cara tidak sihat," kata pelakon yang turut aktif di gelanggang muay Thai itu.

Selain aktif di litar permotoran, Ahirine juga aktif di gelanggan sukan muay Thai.

Cerita anak jati kelahiran Alor Gajah, Melaka itu, gara-gara terlalu taksub untuk kurus, dia mengamalkan diet tidak sihat sehingga menjejaskan kesihatan badannya.

"Saya memang kurus, tapi dengan cara yang salah.

"Saya diet sehingga langsung tak nak makan.

"Kesanya saya kerap pengsan di gim kerana tidak ada tenga. Jadi nasihat saya, walau apa pun, makan tetap makan namun dengan cara yang betul," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Dikritik pakai seksi, tak ikut SOP ketika jual pes pasta... Nabila Huda ambil maklum teguran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Ratu cantik Shweta Sekhon takkan berlapar demi kekal 'slim', anggap diet ekstrem cuma seksa diri

play

Terhangat