info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Ratu cantik Shweta Sekhon takkan berlapar demi kekal 'slim', anggap diet ekstrem cuma seksa diri

BERGELAR seorang ratu cantik pastinya menuntut disiplin yang tinggi dalam soal kecantikan dan penjagaan pemakanan.

Ramai maklum ratu cantik bukan sahaja perlu memiliki rupa paras jelita, bahkan bentuk tubuh dengan potongan menarik.

Rutin diet ketat sehingga memerlukan seorang ratu cantik itu ikat perut serta menahan lapar menjadi stigma masyarakat.

Namun bagi penyandang gelaran Miss Universe Malaysia 2018, Shweta Sekhon, dia menolak keras amalan rutin diet ekstrem dan tidak sihat sehingga memberikan kesan pada kesihatan.

Menjaga pemakanan seimbang dan mengamalkan diet puasa menjadi amalan yang dilakukan Shweta.

Shweta yang kini bergelar pelakon berkata, dia lebih memilih mengamalkan gaya pemakan sihat dan seimbang di samping mengamalkan rutin Intermittent Fasting (diet puasa).

"Diet yang diamalkan itu bergantung pada individu itu sendiri. Tapi apa yang sama amalkan adalah dengan melakukan diet puasa (Intermittent Fasting).

"Kadang-kadang memang tak sempat makan, malah tidak sedar pun belum makan. Jadi saya lakukan diet puasa.

"Pada masa sama saya kawal pengambilan air, karbohidrat serta gula dan lebihkan pengambilan protein seperti ayam," kata pelakon filem Keluang Man ini.

MENARIK DIBACA: [V] Elly Mazlein tukang masak nombor ‘syatu’, setiap hari ke dapur walaupun sibuk

MENARIK DIBACA: Apa agaknya rasa durian dengan tomyam? ‘Oppa’ kata cicah dengan rendang ayam paling sedap

Ketika ditanya stigma seorang ratu cantik itu perlu sentiasa ikat perut dan berlapar semata-mata untuk kelihatan cantik, wanita berusia 27 tahun itu berkata dia tidak akan sesekali 'menyeksa' dirinya.

"Untuk apa berlapar dan ikat perut?

"Saya tak sanggup lakukan perkara itu kerana ia tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan diri sendiri," tegasnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] 'Padah' setiap hari makan nasi 3 pinggan, kuah banjir! Ahirine Ahirudin menangis seluar jeans tak muat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Bekas cef peribadi dedah diet, menu harian Ronaldo! Sukar orang biasa nak ikut

Terhangat