info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

TokTi sambut hari jadi pengurus di Rembayung... Sama macam orang lain, tetap kena 'battle' slot!

Lead Image

KUNJUNGAN Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke restoran milik Khairul Aming iaitu Rembayung menarik perhatian ramai selepas dikongsikan sendiri oleh pempengaruh yang mesra disapa KA itu.

Difahamkan, kehadiran kali kedua penyanyi nombor satu negara itu ke Rembayung adalah untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran pengurus peribadinya iaitu Rozi (kak Zie) yang ke-52 tahun.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan KA dalam Instagram miliknya pada Isnin, kehadiran penyanyi berusia 47 tahun itu disambut meriah oleh staf Rembayung serta pelanggan lain yang turut berada di restoran tersebut.

Siti hadir ke Rembayung buat kali kedua untuk meraikan hari jadi pengurusnya, Rozi baru-baru ini.

Malah, KA sendiri turut turun padang menyantuni kehadiran Siti ke restoran itu.

Paling mencuri perhatian, slot untuk makan di Rembayung untuk penyanyi lagu Nirmala itu bersama pasukannya diperoleh secara sah, bukan kerana populariti dirinya. 

Sama seperti pelanggan lain, Siti juga perlu melalui proses tempahan secara 'battle' untuk mendapatkan slot di restoran tersebut.

MENARIK DIBACA:'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

MENARIK DIBACA: Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas

Siti sendiri mengesahkan perkara itu sebagai menjawab persoalan salah seorang netizen yang bertanyakan sama ada dia juga perlu melalui proses 'battle' untuk mendapatkan tempat di Rembayung.

"Tokti 'battle' juga ke?" soal seorang netizen.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia juga perlu 'berjuang', malah mengakui kesukaran mendapatkan slot di Rembayung, sama seperti membeli tiket konsert.

"Iya, staf saya baru rasa macam mana susahnya 'battle' tiket konsert," balas Siti.

Kehadiran Biduanita Negara ke Rembayung disambut meriah bukan sahaja oleh staf tetapi juga pegunjung lain.

Seperti semua sedia maklum, sehingga hari ini orang ramai masih 'bergelut' mahu mendapatkan slot tempahan untuk makan di Rembayung dan mahu merasai keistimewaan makanan yang disajikan di restoran milik pempengaruh itu.

KA dalam kenyatannya sebelum ini memberitahu semua pelanggan tanpa mengira pangkat dan status perlu membuat tempahan slot secara adil melalui platform Umai bagi menjaga kualiti dan keselesaan.

Konsep tersebut bertujuan untuk memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman terbaik dan bukan untuk memberi keistimewaan tertentu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Marc Syahmie tak pantang makan berlemak, tapi ada kaedah sendiri elak berat badan naik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Dikritik pakai seksi, tak ikut SOP ketika jual pes pasta... Nabila Huda ambil maklum teguran

Terhangat