info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pulut hitam jadi skrub, usahawan 'angkat' tradisi bakal pengantin kaum Kaili

Lead Image

BANYAK jenama kecantikan kini beralih kepada penggunaan bahan semula jadi kerana lebih selamat untuk kulit.

Pulut hitam biasanya dikenali sebagai pencuci mulut, namun siapa sangka berpotensi digunakan dalam produk penjagaan kulit.

Penggunaannya didorong oleh trend global yang semakin mengutamakan produk kecantikan berasaskan tumbuhan, bahan semula jadi serta formulasi yang lebih mesra kulit.

Inisiatif ini selari dengan industri penjagaan kulit organik dunia yang kini dianggarkan bernilai sekitar AS$47.71 bilion (RM229 bilion) dan dijangka terus berkembang menjelang 2030.

Di rantau Asia Tenggara, pengguna juga semakin cenderung memilih produk semula jadi malah ramai sanggup membayar lebih untuk produk selamat serta menggunakan bahan tempatan.

Di Sulawesi Tengah, Indonesia, terdapat sebuah perniagaan kecil dikenali sebagai Nelamayu Tradisional yang menghidupkan semula amalan kecantikan tradisional masyarakat Kaili.

Skrub pulut hitam yang digunakan sejak dahulu ini membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. 

Perniagaan ini diasaskan oleh Nelam Ayu Kusuma dan diinspirasikan daripada ritual pengantin masyarakat Kaili yang dipanggil 'nombungu' iaitu rawatan badan menggunakan bahan semula jadi.

Antara bahan utamanya ialah 'badabida' iaitu skrub daripada pulut hitam yang digunakan sejak dahulu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. 

Kalau anda nak tahu, pengantin perempuan akan disapu dengan skrub ini sebelum majlis perkahwinan. 

Kini, Nelam menukar bahan tradisional itu menjadi produk skrub badan untuk kegunaan harian.

MENARIK DIBACA: 'Port' makan di Indonesia jadi bualan! Ramai rela bayar mahal, tolak 'street food' - "Cirit, muntah baru kau tahu langit tinggi rendah"

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

Dia menggunakan 'bada kumba' iaitu sejenis serbuk penyejuk untuk bayi dan kanak-kanak diperbuat menggunakan bahan seperti beras, kunyit, halia dan daun tempatan.

Terinspirasi dengan pengalaman sendiri, Nelam yang pernah mengalami ketulan di payudara dan mengambil nasihat neneknya untuk menggunakan 'badabida' secara konsisten. 

Menurutnya, selepas menggunakannya selama beberapa bulan, dia mendapati ketulan itu hilang. 

Pengalaman ini membuatkannya lebih yakin bahawa bahan tradisional seperti pulut hitam, kunyit dan halia bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk penjagaan kesihatan tubuh secara menyeluruh. 

Antara gabungan bahan tradisional adalah seperti pulut hitam, kunyit dan halia.

Bermula dengan sasaran menjual produk untuk pengantin, kini perniagaannya semakin berkembang meluas sejak 2008.

Seiring pertumbuhan perniagaan, Nelam turut berdepan cabaran untuk mengekalkan keaslian tradisi sambil memenuhi keperluan keselamatan moden. 

Dia bagaimanapun kemudian menyertai program inkubasi (latihan bisnes baharu) pada 2023 yang membantu dari segi pembangunan produk, lesen dan pemasaran. 

Program ini juga membantu memperkenalkan produknya ke pasaran lebih luas melalui kerjasama perniagaan. 

Hasilnya, pendapatan Nelam meningkat dari sekitar 1 hinga 2 juta rupiah (RM300–RM600) sebulan kepada lebih 5 juta rupiah (RM1,400) sebulan.

Kini, produknya semakin dikenali dan dijual secara dalam talian, melalui ejen jualan dan juga digunakan di inap desa serta hotel sebagai produk mandian berinspirasikan tempatan.

Nelam bagaimanapun berharap produknya bukan hanya dikenali kerana manfaat pada kulit tetapi juga kerana kisah di sebaliknya tentang wanita, tradisi, kesihatan dan alam sekitar. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ramai sangka susu ibu lengkap nutrisi, doktor dedah rupanya rendah satu nutrien penting

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Daging korban perlu ‘rehat’ 7 jam sebelum dimasak, Ustaz Syamsul Debat beri penjelasan

Terhangat