info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Viral aiskrim di Jepun tak mudah cair, orang ramai boleh ambil gambar sepuasnya

Lead Image

SELALUNYA kalau makan aiskrim bawah cuaca panas, tak sampai beberapa saat pun dah mula cair dan meleleh di tangan.

Tapi lain pula dengan aiskrim di Jepun yang mana pencuci mulut itu menjadi perhatian ramai kerana teksturnya yang tidak mudah cair walaupun berada di bawah terik matahari.

Gerai dikenali sebagai Kanji Ice yang terletak di kota bersejarah Kamakura itu kini viral dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana menghasilkan aiskrim unik berbentuk tulisan kanji Jepun.

Teknologi ais krim anti cair itu menggunakan bahan khas dikenali sebagai polifenol strawberi.

Memetik laporan SoraNews24, aiskrim berkenaan dicipta khas bagi membolehkan pelanggan mengambil gambar sepuas hati sebelum menikmatinya tanpa perlu risau ia cepat cair.

Lebih menarik, reka bentuk aiskrim tersebut menyerupai tulisan kanji Jepun seperti ‘Kamakura’, ‘Japan’ dan ‘Ninja’ yang membuatkannya tampak unik.

Antara perisa yang sering mendapat sambutan hangat sehingga habis terjual termasuklah crunchy rich chocolate, crispy strawberry dan chewy milk.

Menurut pengusahanya, aiskrim tersebut dihasilkan menggunakan teknologi khas yang membolehkannya mengekalkan bentuk sehingga 30 minit pada suhu bilik.

MENARIK DIBACA: Uniknya aiskrim kicap masin! Ini 6 makanan pelik dunia, orang tempatan kata 'sedap'

MENARIK DIBACA: Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea gila

Teknologi aiskrim anti cair itu menggunakan bahan khas dikenali sebagai polifenol strawberi yang dipercayai mampu memperlahankan proses pencairan.

Disebabkan teksturnya yang tidak cepat cair, ramai pelancong mengambil peluang membawa aiskrim itu sambil berjalan-jalan dan bergambar di sekitar kawasan pelancongan tanpa rasa risau.

Populariti Kanji Ice juga dilaporkan semakin berkembang ke beberapa lokasi lain di Jepun termasuk di Sanga Stadium by KYOCERA, JR Shin-Fuji Station dan Fuji Shibazakura Festival.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Seram tengok mata lembu dimasak rendang, rupanya punya khasiat sendiri - "Ada yang memerhati"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita kongsi pengalaman masak laksa Johor untuk Tunku Azizah, dapat ilmu berharga gara-gara kacang panjang

Terhangat