Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea gila
SEBUT sahaja tentang aiskrim, pasti ramai membayangkan pencuci mulut sejuk, lembut dan berkrim yang menyegarkan badan ketika hari panas.
Namun siapa sangka, hidangan manis itu boleh diolah daripada sekadar aiskrim kepada ‘penawar’ sakit kepala!
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah jenama dari Belanda didakwa menjual aiskrim mengandungi paracetamol, iaitu bahan aktif dalam ubat tahan sakit seperti Panadol.
Aiskrim tersebut kononnya dicipta untuk merawat sakit kepala dan demam tanpa perlu mengambil pil, sambil pada masa yang sama menikmati kemanisan pencuci mulut.

Idea unik itu bagaimanapun mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen, memandangkan ia berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap kesihatan.
Tak kurang juga ada yang melarang hidangan tersebut dibawa ke Malaysia.
"Macam mana kalau orang tu makan sampai overdos?
MENARIK DIBACA: Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini
MENARIK DIBACA: Tart rangup sedap bersama susu premium RM3, mesti cuba!
"Tengok je pun dah rasa nak muntah, inikan pula nak makan!
"Tolonglah jangan bawa masuk Malaysia. Cukuplah aiskrim ubat batuk viral," komen netizen.
Difahamkan, aiskrim tersebut sebenarnya bukan dicipta untuk dijual, sebaliknya hanya sebagai tarikan visual sempena pameran karnival pada tahun 2016.
Pihak berkuasa kesihatan Belanda dilaporkan turut mengeluarkan amaran terhadap penjualan sebarang makanan mengandungi paracetamol tanpa lesen sah yang boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.