Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya
ADA segelintir orang gemar menikmati buah epal yang dipotong kecil sebelum dimakan.
Bagaimanapun, tahukah anda, cara makan epal juga dikatakan boleh mempengaruhi rasa kenyang seseorang?
Perkara itu dikongsikan pempengaruh kanak-kanak menerusi @hobaibahkhubybe satu hantaran video yang memetik perkongsian bapanya, seorang doktor dan pakar otak.

Menurutnya, menggigit epal sebiji terus memerlukan kunyahan dan gigitan yang lebih kuat, sekali gus merangsang saraf pada bahagian wajah dikenali sebagai trigeminal.
“Ayah saya seorang doktor memberitahu, bila kita gigit sebiji epal terus, saraf pada bahagian wajah yang kuat akan 'bangun'. Ia dipanggil ‘trigeminal nerve’.
“Saraf itu menghantar isyarat kuat kepada otak dan akan terus masuk ke ‘hypothalamus’.
MENARIK DIBACA: Kanan manis, kiri masam! Epal dua warna 'rare' satu dalam sejuta, ramai serbu pasar raya untuk bergambar
MENARIK DIBACA: Wanita mengaku berjaya kurus lepas ikut cara Dr Sheikh Muszaphar, tip 'peanut butter'-epal hijau kembali viral
“Ia memberitahu kepada otak, kita akan berasa kenyang pada masa yang tepat, jadi kita akan berhenti makan berlebihan,” kongsinya.
Tambahnya, keadaan itu berbeza apabila epal dipotong kecil kerana gigitan yang diperlukan tidak sekuat ketika menggigit sebiji epal.
"Kita tak gigit dengan kuat, saraf tersebut tak 'bangun' segera dan isyarat terhadap otak menjadi lemah.

“Sebab itulah kita lambat rasa kenyang dan akan makan lebih banyak,” ujarnya.
Jelasnya, cara tersebut boleh diamalkan sebagai salah satu usaha untuk membantu manusia khususnya kanak-kanak mengawal pengambilan makanan.
“Jadi kalau tak nak berat anak berlebihan, biarkan ia gigit seluruh biji epal,” katanya.