info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

'Padah' pesan 'fish and chips' di kedai tomyam, pelanggan akur dapat tenggiri goreng

Lead Image

SEBUT sahaja 'fish and chips', pasti ramai membayangkan kepingan ikan putih yang digoreng rangup, lengkap bersama kentang goreng dan sos tartar.

Di media sosial seorang wanita berkongsi pengalaman selepas adiknya memesan hidangan tersebut di sebuah kedai tomyam.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan terkejut apabila melihat hidangan yang sampai di meja mereka bukanlah ikan yang lazimnya digunakan untuk membuat 'fish and chips' iaitu dori.

Pesanan fish and chips yang dibeli dari sebuah kedai tomyam yang menggunakan ikan tenggiri.

Sebaliknya, kedai tomyam tersebut menggunakan potongan ikan tenggiri goreng dan kelihatan cuma disalut dengan serbuk kunyit.

"Pesan 'fish and chips' di kedai tomyam. Dia pakai ikan tenggiri tau," tulisnya.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian ramai, wanita itu kemudian tampil memberikan penjelasan bahawa sebenarnya hidangan tersebut telah dipesan oleh adiknya.

Menurutnya, dia sudah menasihati adiknya supaya tidak memesan sajian tersebut kerana tidak dipaparkan gambar dalam menu.

“Adik yang pesan dan saya nasihatkan tak payah order sebab dalam menu pun tak ada gambar.

“Masa sampai pun macam pelik, bila pula order ikan goreng.

"Sekali tengok, la 'fish and chips' rupanya,” katanya.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Jelas wanita itu lagi, dia tidak sampai hati untuk mentertawakan adiknya ketika berada di kedai kerana ramai pelanggan lain, walaupun amat berasa lucu.

“Ramai orang kat kedai so tak sampai hati nak gelakkan adik makan sampai habis dan masuk dalam kereta baru kami gelakkan dia,” ujarnya.

Tidak marah dengan apa yang berlaku, wanita tersebut menganggap harga sekitar RM20 untuk hidangan itu masih boleh diterima.

"Harga RM20 okay la kan, tenggiri mahal kot,” katanya.

Fish and chips merupakan hidangan dari United Kingdom yang lazimnya menggunakan ikan putih seperti kod atau dory.

Di ruangan komen, pengguna lain turut berasa terhibur dengan apa yang berlaku dan menganggap kejadian tersebut sebagai dil uar jangkaan.

"Beraninya sis pesan 'western' kat kedai tomyam.

"Ikan tenggiri lagi mahal dari dori. Untunglah awak walaupun lari konsep.

"Macam tak kena, tapi lkagi better daripada ikan keli," seloroh beberapa netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Pertandingan memasak anjuran Subi cari cef cilik sambil eratkan hubungan ibu bapa dan anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

Terhangat