info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

Lead Image

RANCANGAN Makanan Tambahan (RMT) merupakan program yang dilaksanakan di sekolah dengan murid terpilih akan diberikan makanan harian secara percuma. 

Program ini bertujuan membantu murid dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat makanan berkhasiat dan mencukupi supaya boleh belajar tanpa berlapar.

Di aaplikasi Threads tular hantaran tentang hidangan RMT yang disediakan di kantin sebuah sekolah rendah di Perak.

Cara menu RMT dihidang dan disusun juga dipuji ramai kerana kemas dan tersusun.

Menerusi akaun Threads abangkantin_sekolah, lelaki yang dipercayai bekerja di kantin sekolah tersebut menarik perhatian netizen apabila berkongsi menu RMT yag disediakan setiap hari.

Hidangan RMT yang disediakan bukan sahaja lengkap, malah kelihatan kemas, cantik dan menyelerakan sehingga mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, 'abang kantin' berkenaan dilihat sering berkongsi menu RMT yang disediakan untuk murid-murid setiap hari dengan sentuhan yang cukup teliti.

Antara menu RMT yang ada seperti nasi lemak dan roti canai.

Antara hidangan yang disediakan seperti nasi putih bersama asam pedas ayam, nasi lemak, roti canai, nasi goreng Cina dan nasi ayam.

Sebagai pelengkap, setiap hidangan juga disertakan bersama buah potong sama ada tembikai atau oren.

Selain makanan yang tersedia nampak cukup menyelerakan, apa yang paling mencuri perhatian adalah cara makanan tersebut disusun.

MENARIK DIBACA: [V] "Di mana ada langit, di situ ada orang Indonesia" - Gerai gado-gado 'wujud' atas bukit di Makkah

MENARIK DIBACA: Gara-gara Hamdan Mubarak, wanita terbuka hati nak masak dan makan hati lembu

Nasi, lauk, sayur dan hidangan sampingan diletakkan dengan teratur, sekali gus menjadikan hidangan RMT tersebut kelihatan seperti menu yang disediakan secara profesional.

Tidak hairanlah perkongsian tersebut menerima pujian daripada netizen yang kagum melihat usahanya dalam memberikan yang terbaik untuk murid.

"Makanan RMT paling sedap di mata saya setakat ini.

"Seronok tengok, semoga sentiasa menjaga amanah dalam menyediakan makanan bersih dan berkhasiat untuk anak-anak sekolah.

"Saya nak anugerahkan RMT paling cantik untuk abang kantin," komen beberapa netizen.

Menu RMT yang disediakan Abang Kantin di sebuah sekolah rendah di Perak menarik perhatian ramai.

Bagi sesetengah orang, cara makanan disusun mungkin dianggap satu perkara kecil atau remeh.

Tetapi bagi kanak-kanak, hidangan yang cantik dan menarik pastinya boleh membuatkan mereka lebih teruja untuk makan.

Lebih menarik, usaha tersebut menunjukkan bahawa menyediakan makanan untuk murid bukan sekadar memastikan mereka kenyang, sebaliknya aspek penyajian juga diberi perhatian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

'Padah' pesan 'fish and chips' di kedai tomyam, pelanggan akur dapat tenggiri goreng

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Terhibur tengok wanita 'confident' guna bunga telang masak nasi kerabu, netizen tak lokek kongsi tip

Terhangat