Gara-gara Hamdan Mubarak, wanita terbuka hati nak masak dan makan hati lembu
TIDAK semua orang gemar makan organ-organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus dan sebagainya.
Bahagian seperti hati lembu sebenarnya boleh dijadikan hidangan menyelerakan, malah ada juga individu yang sukakan teksturnya.
Di media sosial seorang wanita mengaku tidak pernah mencuba makan bahagian itu dan bertanyakan tentang rasanya.
Dia berkongsi semula video resipi pempengaruh masakan, Hamdan Mubarak sambil menyatakan rasa teringin untuk mencuba hati lembu selepas melihat ia dimasak.

“Pertama kali tengok orang masak hati lembu. Tak pernah makan lagi hati lembu.
“Macam mana rasanya? Sama macam hati ayam ke?” soalnya menerusi perkongsian di Threads.
Menurut wanita tersebut, video sajian hati lembu masak jintan itu membuatkan dia berselera dan terdetik untuk cuba menyediakannya sendiri.
“Berselera la pula tengok HM masak. Macam nak kena try ni. Mana nak cari hati lembu?
“Terima kasih HM share resipi sedap lagi,” katanya.
MENARIK DIBACA: Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik
MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempunyai pengalaman menikmati hati lembu.
Ada yang memberitahu hati lembu sememangnya sedap, cuma cara penyediaannya perlu betul bagi memastikan ia tidak berbau hanyir atau menjadi terlalu keras.
Tidak kurang juga memuji hati lembu sebagai antara organ dalaman haiwan yang lazat, terutama jika dimasak bersama rempah sesuai.
“Hati lembu memang sedap. Tapi ada cara nak masak supaya tak hanyir. Perlu masak dengan rempah-rempah agar sedikit pedas.
“Paling penting rahsianya, hati lembu tidak boleh dimasak lama, nanti keras.

“Sedap. Saya suka goreng lama sikit bagi keras.
"Saya suka buat kudapan, goreng dengan rempah-rempah lebih enak," antara komen netizen.
Bagi yang belum pernah mencuba, hati lembu mempunyai tekstur dan rasa tersendiri berbeza daripada hati ayam.
Cara memasaknya bagaimanapun menjadi perkara penting dan perlu diberi perhatian kerana hati boleh berubah tekstur dan menjadi keras jika dimasak terlalu lama.