info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik

Lead Image

SELEPAS berbulan-bulan membuat persediaan, pempengaruh masakan, Khairul Aming (KA) memperkenalkan satu lagi produk baharunya, Sambal Nyet Bilis selepas Sambal Nyet meraih pujian dalam kalangan peminat makanan pedas.

Sambal terbaharu itu tampil dengan kelainan apabila menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama, selain didominasi cili hijau bagi memberikan rasa lebih berlemak dan aroma tersendiri.

Menariknya, Khairul Aming turut turun padang ke Setiu, Terengganu bagi melihat sendiri proses nelayan menangkap ikan bilis.

Menerusi perkongsian video di media sosial, KA berkata dia mahu memahami sendiri proses mendapatkan ikan bilis yang kemudiannya digunakan dalam sambal berkenaan.

Sambal baharu Khairul Aming menggunakan ikan bilis sebagai utama untuk memberikan rasa lebih memikat.

"Ikan bilis dipilih bagi sambal kali ini kerana mahu menghasilkan rasa lebih ‘kick’ dan kuat seperti sambal dihasilkan orang terdahulu.

"Kita nak tengok sendiri macam mana nelayan turun ke laut. Mula seawal lepas subuh untuk berangkat ke tengah laut bagi mengenal pasti lokasi terbaik ikan bilis berkumpul.

"Apabila jumpa, pukat diturunkan dan perangkap ikan bilis. Biasanya beli ikan bilis di kedai, tapi bila berpeluang tengok sendiri cara tangkap, rupanya tak mudah bahkan perlu kudrat," kongsinya menerusi video yang dimuat naik pada Isnin.

Lebih menarik, ikan bilis diperoleh tidak terus digunakan sebaliknya melalui proses kawalan kualiti (QC) sebelum digoreng sehingga garing.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Langkah itu dilakukan bagi mendapatkan tekstur ikan bilis cantik selain menghasilkan aroma bilis lebih sebati dalam minyak masak.

Selain ikan bilis, penggunaan cili juga menjadi antara kelainan dalam sambal baharu ini.

Khairul Aming turun padang bagi memastikan bahan tempatan digunakan berkualiti.

KA berkata, dia sendiri ke Banting, Selangor untuk melihat proses penanaman cili oleh petani tempatan sebelum menentukan jenis cili sesuai digunakan dalam resipi.

Tidak seperti sambal lazimnya, sambal terbaharu itu menggunakan 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah.

"Penggunaan cili hijau memberikan rasa lebih berlemak dan wangi sekali gus menjadikan sambal berkenaan mempunyai profil rasa berbeza.

"Bagi menambahkan lagi rasa umami, beberapa bahan lain turut digunakan termasuk tomato segar, daun limau purut dan belacan," ujarnya.

Dalam pada itu, KA turut berkongsi mengenai proses penghasilan sambal berkenaan yang dilakukan sepenuhnya di kilangnya di Kota Bharu, Kelantan.

Perkongsian warganet.

Katanya, syarikat berkenaan mempunyai tiga kilang yang mampu menghasilkan sehingga 12,000 botol sambal sehari, dengan pelbagai proses dilakukan di fasiliti berkenaan.

“Di kilang ini berlaku semua proses termasuk QC, cuci dan masak bahan-bahan serta 'packaging' semuanya di kilang ini,” katanya.

Menurut KA, operasi tersebut turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila kira-kira 100 anak tempatan diambil bekerja.

KA mengakhiri perkongsiannya dengan menegaskan bahawa keseluruhan perjalanan menghasilkan produk itu menggunakan bahan tempatan, sekali gus memperlihatkan usaha untuk mengangkat hasil serta tenaga kerja anak Malaysia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kepala berdenyut lepas makan di luar, bagaimana nak kesan masakan banyak MSG?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Berlima makan 'seafood' di Langkawi harga cecah RM600, pelanggan keliru mahal atau murah

Terhangat