info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

Lead Image

GARA-gara tertarik dengan harga dada ayam sejuk beku (frozen) RM22 satu pek dan terus membelinya, seorang wanita berasa ragu-ragu selepas mengetahui ayam tersebut dibawa masuk dari China.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia sebelum ini tidak pernah membeli ayam frozen.

"Sebelum ni tak pernah beli ayam frozen tapi tiba-tiba 'terpancing' tengok dada ayam frozen dalam satu pek RM22 je. Jadi saya pun terus ambil dan bayar.

"Beli dekat pasar raya terkenal ni takkan la tak halal. Ada logo halal. Balik rumah baru perasan pembekal ayam dari China. Terus tak sure nak makan ke tak.

"Saya bukan apa, bila ayam dari China kita jadi suspicious (curiga). Suami suruh bagi makan kat kucing, tak bagi beri anak-anak dia makan," katanya.

Jelasnya lagi, apa yang dibimbanginya bukanlah berkaitan isu halal tetapi lebih kepada aspek penjagaan dan proses penternakan ayam di negara berkenaan.

"Saya faham je ayam ni halal dan sah tapi sebab dari 'mainland' saya rasa was-was part cucuk-cucuk dan penjagaan ayam kat sana.

"Kalau buah-buah pun saya tak beli kalau asal dia China. Sebab pernah terbaca kalau tanah sana banyak tercemar dan tinggi toksin" ujarnya.

Sebahgaian netizen berpandangan bahawa ayam dari China tidak menjadi isu kerana negara tersebut mempunyai komuniti Islam yang besar.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai ayam import.

"Fun fact peniaga sate dan kedai makan kebanyakan pakai ayam ni dan jangan risau ayam ni diimport oleh negara yang diluluskan halalnya. Kalau tak lulus atau ada keraguan takkan masuk kat Malaysia.

MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

MENARIK DIBACA: Minyak paket murah tapi ramai risau kualiti, risiko kesihatan... Pengguna perlu tahu fakta ini!

"Ayam jenama ni kalau tak nak source halal, dia ada dari Thailand (halal Thailand agak strict ya) and for knowledge daging burger popular kita ambil bahan mentah dari Brazil dan Thailand.

"Surprise kan, negara Muslim macam kita pun tak mampu supply ayam halal. Jadi kalau dari Thailand ada halal logo jangan was-was. Sometimes penyediaan product export dia lagi strict," antara komen netizen.

Sementara itu, ada juga yang memahami keraguannya terhadap produk luar negara bersatus halal.

"Tak salah pun awak being suspicious, itu bermakna awak peka apa yang awak makan. Dan logo halal printed pada packaging ayam authorized by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jadi ayam tu boleh je makan selepas dimasak. 

"Kalau was-was jangan makan, saya memang hanya beli ayam kat pasar ayam je terus sebab tak yakin la. Tapi tu la selalu bila masa kita beli ayam je, baru teringat yang kedai kita makan tu kan, selagi kita boleh jaga, kita jaga sis," komen warganet lagi.

Wanita berkenaan berasa was-was terhadap ayam beku yang dibelinya kerana diimport dari China.

Tak kurang juga yang berpandangan bahawa ayam dari China sepatutnya tidak menjadi isu kerana negara tersebut mempunyai komuniti Islam yang besar.

"Kalau China saya okay je. Sebab China ada 50 juta Muslim. Tapi kalau ayam frozen tu import dari Brazil macam was-was sikit. Pernah jumpa ayam frozen keluaran Brazil.

"Untuk info Shandong certificate halal China dipantau oleh Jakim. Regulation dan pelaksanaan oleh Jakim antaranya pegawai halal kita akan pergi ke sana secara berkala," katanya.

Bagaimanapun, segelintir netizen kurang bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Kalau Google China memang banyak Islam tapi cuba search lagi population dekat kilang dia tu rupanya  satu peratus je Islam. Kalau aku tak beli. Kilang dia bukan dekat population yang banyak Islam.

"Jangan amalkan makan ayam begini kuantiti banyak, highly chance letak ubat. Sebab bila thawed (proses cairan) suhu bilik pagi, esok hari tu belum busuk lagi. Masa saya kerja dengan cef China dulu, saya simpan sikit air rebusan ayam begini sebab nak buat sup tapi cef tu marah sebab dia cakap ada ubat. Makan sekeping dua okay la kot buat rasa tapi nak makan kenyang beli ayam Malaysia," komen seorang netizen.

Wanita itu menghargai pandangan diberikan warga maya yang tampil menjelaskan mengenai status halal ayam tersebut.

"Happy tengok replies semua, betul ayam ada halal. Cuma bila sebut negara China tu yang rasa macam was-was kesihatan ayam tu. Bukan sebab tak halal.

"By the way terima kasih semua. Dah siap potong dan masukkan dalam bekas. Nanti dia keluar bekas kita corakkan dia jadi ayam goreng kunyit atau ayam popcorn tak pun ayam butter," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Jumpa bulu dalam gulai, pelanggan serik makan nasi padang... Bumbu Babah beri penjelasan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ramai bekas pesakit kenang keenakan makanan HSB, bersorak dengar bunyi troli - "Jiran tak makan, saya minta"

Terhangat