info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

Lead Image

SUDAH menjadi kebiasaan amalan tahnik dilakukan dalam kalangan masyarakat Islam ketika menyambut kelahiran bayi.

Bagaimanapun kebersihan juga perlu diutamakan untuk mengurangkan risiko pemindahan kuman kepada bayi terutama yang baru lahir.

Di Threads seorang wanita berkongsi pandangannya mengenai kaedah pelaksanaan tahnik yang dirasakan kurang bersih.

Sedar amalan itu adalah sunah, dia sekadar berkongsi pandangan di mana dirinya sendiri berasa kurang selesa melihat kurma dikunyah sebelum dimasukkan ke dalam mulut bayi.

"Sebenarnya saya tak suka cuma part ustaz/ustazah kunyah kurma kemudian masuk mulut baby, unhygienic. Tapi orang-orang tua kata pula berkat. Selain tu, saya tak against tahnik pun. Anak saya pun buat," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai respon, termasuk daripada netizen yang menjelaskan tentang kaedah tahnik seperti dilakukan Rasulullah SAW.

Terdapat juga netizen menegaskan sekiranya kurang selesa, ibu bapa sendiri boleh melakukan tahnik tanpa perlu mempertikaikan amalan tersebut.

"Sebab ustaz/ustazah tu mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ada dalam hadis.

"Baginda bertanya: 'Adakah kamu membawa tamar?' Aku menjawab: 'Ada', lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa biji itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut (bayi bernama) Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Lain kali kalau tak nak macam ni suruh bapa kepada anak tahnik sendiri.

"Sebenarnya bukan sebab orang tua-tua kata. Tapi sebab memang itulah cara sebenar tahnik seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. Kurma dikunyah oleh pentahnik kemudian disapu sedikit ke lelangit bayi itulah sunah. Dalam keadaan tertentu, kadang-kadang pentahnik tak kunyah sebab risaukan kebersihan tapi jangan sampai kita nafikan sunah Nabi yang asal," antara komen warganet. 

MENARIK DIBACA: Terlekat tulang ikan, wanita kongsi bacaan disaran ustazah... Ramai tampil kongsi petua lain

MENARIK DIBACA: Wanita 'claim' buat sambal belacan tersedap di muka bumi, tak lokek kongsi resipi

Bagaimanapun, terdapat juga netizen menegaskan sekiranya kurang selesa, ibu bapa sendiri boleh melakukan tahnik tanpa perlu mempertikaikan amalan tersebut.

"Itu sunah sis. Tahnik yang dibuat oleh orang-orang alim (soleh), sunah. Kalau rasa geli, tak payah panggil orang alim buat. Tahnik saja sendiri settle. Tak perlu nak heboh kata unhygienic or else. Hormat amalan agama sendiri.

Antara komen di Threads.

Dalam pada itu, ada juga yang berpandangan golongan pentahnik turut menjaga kebersihan sebelum melakukan tahnik.

"Itukan sunah. Mereka bukan kunyah beriya pun macam makan nasi. Sebab tu kena pilih orang alim untuk tahnik anak kita. Orang alim, InshaaAllah baik-baik.

"Sis ustaz dan ustazah pun berakal juga sis, tak adanya lepas pekena nasi kandar buat tahnik. Mereka pun bersihkan mulut juga," antara komen netizen.

Beberapa individu turut berkongsi pengalaman sendiri dengan menyatakan bahawa ustaz hanya menggunakan sedikit isi kurma tanpa mengunyah.

"Ustaz yang tahnik anak saya cuma letak sikit je kat bibir tak ada la kunyah masuk mulut pun dan saya rasa sekarang ramai ja ustaz/ustazah buat macam ni je, tak la sampai kunyah masuk mulut seperti yang kita bayangkan.

"Boleh request ustaz tak payah kunyah. Just picit guna hujung jari dan ramai je ustaz yang buat macam tu sekarang. Tahu tahap kesihatan masing masing, kadang batuk selesema sikit, memang tak la nak risikokan bayi," komen warganet lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ramai serik ambil minuman detoks, usus menipis 'dipaksa' buang air besar - "Percaya sangat berak boleh buang lemak"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

[V] 200,000 makanan dihantar sehari tanpa silap, sistem lama Dabbawala lebih efisien dari aplikasi moden?

Terhangat