info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Wanita 'claim' buat sambal belacan tersedap di muka bumi, tak lokek kongsi resipi

Lead Image

BUAT penggemar masakan kampung, sambal belacan adalah 'wajib' dan dianggap menyempurnakan hidangan.

Walaupun hanya menggunakan bahan ringkas, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan sambal belacan mengikut selera masing-masing.

Di media sosial, ramai berkongsi resipi rahsia mereka untuk dijadikan rujukan umum.

Sebahagian individu gemar menikmati sambal belacan pedas dan masam, manakala ada juga yang menambah bahan tertentu bagi memberikan rasa lebih seimbang.

Seorang wanita dikenali sebagai Almiyaz turut tidak ketinggalan berkongsi resipi sambal belacannya yang mencuri perhatian apabila da berseloroh menyatakan ia merupakan 'sambal belacan paling sedap di muka bumi'.

Menurut wanita itu, dia membuat 'claim' (dakwaan) tersebut kerana yakin dengan keenakan sambal yang dihasilkannya. 

Jom Kuali kongsikan resipi tersebut.

Wanita berkenaan percaya resipi yang dikongsi olehnya enak dan pasti akan digemari ramai.

Bahan-bahan

  • 10 biji cili padi merah
  • 5 biji cili hijau
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu belacan
  • 1 sudu nise Thai
  • 1 sudu gula
  • Bahan perasa (jika suka)
  • 2 biji limau

MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'

MENARIK DIBACA: 15 mi segera terbaik di dunia, dari Malaysia pun masuk 'ranking'

Cara penyediaan

  1. Tumbuk cili padi merah dan cili hijau sehingga lumat. Jika mahu lebih mudah, bahan tersebut juga boleh dikisar.
  2. Masukkan sedikit garam, kemudian tambah bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lagi sehingga semua bahan lumat dan sekata.
  3. Masukkan belacan, nise Thai dan gula. Tumbuk perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati.
  4. Jika suka, boleh ditambah bahan perasa mengikut cita rasa.
  5. Akhir sekali, perah jus daripada dua biji asam limau dan gaul sehingga sebati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Ayam sos tiram Thai nampak ringkas, sekali cuba pasti minta nasi tambah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Kerabu tomato ikan bilis imbau nostalgia bersama mak, lebih sedap dimakan sejuk

Terhangat