info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'

Lead Image

BAGI rakyat Malaysia yang selalu melancong ke Thailand, kafe Amazon memang antara lokasi wajib singgah. 

Selain kopi, sebenarnya ada banyak lagi pilihan minuman yang menjadi kegemaran pelanggan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang lelaki berkongsi senarai minuman yang dikatakan paling kerap dipesan malah ramai diulang beli (repeat) oleh rakyat Malaysia. 

Menariknya, ruangan komen pun turut dibanjiri cadangan minuman lain yang menurut netizen memang 'worth it' untuk dicuba.

Berikut Kuali senaraikan pilihan terbaik:

1. Green tea latte

Kalau anda peminat matcha, minuman ini memang antara yang paling kerap disebut. 

Rasanya berkrim, aroma matcha cukup terasa dan yang penting rasanya tidak terlalu manis.

Minuman smoothie beri ini turut menjadi antara cadangan paling banyak disebut oleh netizen.

2. Thai milk tea

Minuman klasik ini sudah pastinya ada dalam senarai. 

Rasa teh Thai memang pekat, cukup lemak dan baunya pun wangi menyebabkan ramai memilih untuk membeli berulang kali.

3. Iced Amazon

Ini pula pilihan selamat untuk penggemar kopi. 

Rasanya seimbang, tak terlalu pahit dan manis memang mudah diterima ramai.

4. Black Thai coffee

Kalau anda jenis suka kopi tanpa banyak campuran, pilihan ini mungkin lebih sesuai. 

Rasa kopi yang lebih 'kick' dan biji kopinya lebih menyerlah.

5. Strawberry cheesecake

Walaupun bukan dalam senarai asal, ramai netizen mengaku minuman ini antara yang wajib dicuba kerana rasanya berkrim dengan gabungan strawberi.

Kalau ke Hatyai memang kafe ini wajib ada dalam senarai.

6. Iced chocolate

Ini memang pilihan sesuai untuk anda yang tak minum kopi atau teh. 

Menurut netizen, menu ini antara yang selalu menjadi pilihan jika datang bersama keluarga.

7. Matcha strawberry

Gabungan matcha dan strawberi turut mendapat banyak pujian. 

Gabungan rasa manis dan sedikit pahit membuatkan ramai memilihnya.

MENARIK DIBACA: Bawang rupanya ada strategi pertahankan diri, punca manusia pedih mata ketika menghiris

MENARIK DIBACA: Koleksi tip rebus kerang agar isi tak melekat di kulit, penting juga tahu helah peniaga elak ditipu

8. Matcha red bean

Bagi yang suka pencuci mulut berinspirasikan Jepun, kombinasi matcha bersama kacang merah ini dikatakan memang sedap dinikmati ketika cuaca panas.

9. Mixed berry smoothies

Kalau mahukan minuman yang lebih menyegarkan, smoothie beri campuran ini turut menjadi antara cadangan paling banyak disebut oleh netizen.

Daripada kopi sehinggalah minuman berasaskan matcha dan smoothie, semuanya mempunyai peminat tersendiri. 

Jadi jika ada singgah ke kafe Amazon, mungkin senarai ini boleh dijadikan sebagai rujukan sebelum membuat pilihan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Viral sebab ala produk Dubai... Ramai dakwa coklat bar versi lokal tiada isi kunafa, pistachio

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Dadih cair, tak beku seperti diharapkan... Anda mungkin buat 2 kesilapan ini ketika memasak

Terhangat