Viral sebab ala produk Dubai... Ramai dakwa coklat bar versi lokal tiada isi kunafa, pistachio
TAK dinafikan, coklat bar viral pistachio atau kunafa versi tempatan yang diinspirasikan daripada pencuci mulut popular dari Dubai kini menjadi buruan ramai.
Bagaimanapun di sebalik keterujaan orang ramai mendapatkan coklat berkenaan, timbul dakwaan daripada beberapa pembeli yang mendapati produk diterima tidak mempunyai isi pistachio dan kunafa seperti diiklankan.
Seorang wanita berkongsi pengalamannya di Threads mendakwa coklat yang dibelinya kosong di bahagian dalam tanpa ada sebarang isi.
"Weh seriously mana pistachionya? Dah la mahal oi," tulisnya.
Perkongsian itu kemudian mengundang perhatian netizen yang mendakwa mereka turut melihat beberapa kes sama dikongsikan di media sosial.

"Ini dah orang ketiga macam ni. Ni peraduan beli coklat teka coklat yang mana ada inti pistachio ke? Come on la.
"Weh dah tiga orang post tak ada kunafa dalam coklat.
"Termasuk awak dah lima orang saya jumpa. Jadi masih was-was nak pergi beli. Last-last tak jadilah nak beli," antara komen warganet.
MENARIK DIBACA: Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran
MENARIK DIBACA: Wanita bangga guna daun pandan wangikan kereta, netizen tinggalkan komen lucu
Dalam pada itu, sebahagian netizen menyarankan supaya pembeli membuat aduan atau memulangkan semula produk berkenaan kepada pihak pengeluar.
"Return atau report je. Mana tahu rezeki dapat coklat percuma setahun," komen seorang netizen.
Ada juga yang mempersoalkan proses kawalan kualiti produk tersebut yang dilihat tidak dipantau dengan teliti.

"Malu woi. Operator salah buat tu QC (kawalan kualiti) tak check ke?
"Real question, macam mana kilang nak tahu ada filling ke tak? CT scan ke?" komen warganet lagi.
Pada masa sama, ada netizen mengakui mereka kini berasa ragu-ragu untuk membeli produk tersebut selepas melihat beberapa perkongsian tular mendedahkan 'isu' sama.
"Sebab limited edition, mungkin macam blind box. Ada yang ada isi kunafa ada yang tak ada.
"Ah takutlah. Jadi coklat pistachio blind box pula. Baru ingat nak beli kalau jumpa," komen netizen.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat berkenaan berhubung dakwaan yang tular ini.