Dadih cair, tak beku seperti diharapkan... Anda mungkin buat 2 kesilapan ini ketika memasak
KETERUJAAN seorang wanita untuk menyiapkan tempahan dadih bertukar kecewa apabila hasilnya tidak menjadi seperti diharapkan.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu meminta pandangan netizen selepas mendapati dadih yang disediakan sehari lebih awal tidak membeku ketika mahu melakukan proses pembungkusan.
Sajian berkenaan dikatakan masih cair dan teksturnya tidak menjadi seperti dadih yang sepatutnya.
"Anyone help. Kenapa dadih tak beku ya? Kita masak semalam, hari ini nak packing jadi macam ini. Sedihnya," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang tampil memberikan beberapa tip untuk menghasilkan dadih dengan tekstur sempurna.
Kebanyakan netizen berpendapat kemungkinan air yang digunakan terlalu banyak atau proses memasak tidak dilakukan sehingga mendidih.

"Masak air tak mendidih ni. Tipnya kalau nak pastikan keras, selepas tutup api letakkan sedikit atas sudu kemudian masuk dalam peti ais. Tengok keras atau tidak. Kalau tak mengeras, buka balik api dan panaskan semula sampai menggelegak.
"Masak sampai mendidih tak? Sebab pernah terbaca orang masak dadih sampai suam-suam saja. Dadih tak membeku.
"Mungkin masak tak sampai air mendidih kot. Sebab kena bagi mendidih, baru tutup api dan memang kena kacau lama sedikit," antara komen netizen.
MENARIK DIBACA: Kedai 'ghaib' lepas pelanggan buat aduan keracunan makanan, KKM tak dapat siasat
MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai
Netizen turut mengingatkan supaya sukatan air diberi perhatian kerana ia turut mempengaruhi tekstur dadih.
"Takut terlebih air. Kalau sukatan dah betul, mungkin masak tak betul. Biarkan air mendidih sampai buih-buih naik tinggi, kemudian baru tutup api dan kacau lama sedikit.
"Air terlebih mungkin. Masa masak air kena mendidih, tapi tak boleh lama mendidih," komen warganet lagi.