info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Juri MasterChefAU turunkan resipi kuih tradisional warisan keluarga - "Saya tak ada anak..."

Lead Image

BUKAN sekadar cabaran memasak biasa, episod terbaharu MasterChef Australia menyaksikan suasana penuh emosi apabila juri program itu, Poh Ling Yeow berkongsi resipi turun-temurun keluarganya yang dianggap sebagai warisan berharga.

Selebriti masakan kelahiran Malaysia itu mengakui resipi berkenaan sudah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi dalam keluarganya. 

Disebabkan tidak mempunyai cahaya mata, Poh berharap ilmu tersebut dapat 'diturunkan' kepada generasi lain termasuk peserta MasterChefAU untuk menghargai seni penyediaan kuih tradisional.

"Ini resipi keluarga yang diturunkan dari satu generasi ke generasi. Saya tak ada anak, jadi saya nak 'pass down' kepada generasi seterusnya untuk kuasai kemahiran membuat kuih ini," katanya.

Peserta MasterChef Australia berpeluang mempelajari teknik menghasilkan kuih tradisional dari Malaysia.

Menurut Poh, walaupun berasa sedikit sedih kerana episod tersebut menyaksikan salah seorang peserta perlu disingkirkan, dia tetap berbesar hati dapat berkongsi kemahiran yang dipelajarinya sejak kecil kepada peserta pertandingan.

"Walaupun agak sedih kerana seseorang perlu disingkirkan hari ini, tapi saya tetap berbesar hati untuk kongsi kemahiran yang saya pelajari ini.

"Ada teknik yang saya anggap sukar untuk dipelajari hanya menerusi nota resipi, jadi saya akan tunjukkan cara untuk membuatnya," katanya.

MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru

MENARIK DIBACA: Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran

Dalam cabaran itu, Poh mengajar peserta menghasilkan tiga kuih tradisional yang cukup dekat dengan masyarakat Malaysia iaitu kuih koci, kuih lapis dan karipap. 

Menurutnya, ketiga-tiga hidangan tersebut memerlukan kemahiran tangan serta teknik tertentu yang sukar difahami hanya dengan membaca resipi.

Perkongsian itu ternyata memberi pengalaman baharu kepada peserta, terutama mereka yang tidak pernah menghasilkan kuih tradisional Asia sebelum ini.

Selain mementingkan rasa, Poh turut menunjukkan teknik membentuk doh dan membungkus inti supaya hasilnya kemas serta mengekalkan tekstur yang diinginkan.

Poh Ling Yeow menunjukkan teknik menghasilkan kuih lapis dan karipap diwarisi daripada keluarganya.

Salah seorang peserta, Aaron, berkata dia amat bersyukur kerana diberi peluang mempelajari kemahiran tersebut walaupun pada awalnya langsung tidak tahu apa yang sedang dilakukan ketika menyediakan kuih berkenaan.

"Saya akan malu jika saya pulang ke Malaysia untuk bertanding. Saya nak buat Poh, ibu dan nenek bangga dengan saya.

"Pengalaman seperti ini ibarat warisan yang tidak ternilai dan saya mahu pulang dengan ilmu ini," katanya.

Perkongsian Poh bukan sahaja menyentuh hati peserta, malah turut mengingatkan bahawa makanan tradisional bukan sekadar hidangan, sebaliknya membawa nilai kekeluargaan, budaya dan kenangan wajar dipelihara.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Dadih cair, tak beku seperti diharapkan... Anda mungkin buat 2 kesilapan ini ketika memasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Cara asli bungkus daun pisang kian dilupa, terkini nasi lemak hidang dalam gelas

Terhangat