info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Cara asli bungkus daun pisang kian dilupa, terkini nasi lemak hidang dalam gelas

Lead Image

NASI lemak asli sinonim dibungkus dengan daun pisang pada asalnya, kemudian menggunakan surat khabar, kertas pembalut khas dan bekas polisterin.

Jika makan di kedai atau di rumah, biasanya nasi lemak dihidang dalam pinggan.

Siapa sangka makanan kegemaran rakyat Malaysia itu kini dihidangkan dengan cara lebih 'maju' iaitu dalam gelas, sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seperti satu video dimuat naik di TikTok oleh sebuah restoran di Pulau Pinang, nasi lemak dilihat diletakkan di dalam gelas sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang kurang senang melihat cara makanan ikonik itu dinikmati.

Video itu memaparkan nasi lemak diletakkan bersama sambal, hirisan timun, kacang tanah, ikan bilis serta sebiji telur rebus di dalam gelas.

Paparan tersebut membuatkan ramai kecewa kerana berpandangan sajian tradisi itu sepatutnya terus dipelihara keasliannya bukan sahaja dari segi rasa, tetapi juga penyediaan dan cara hidangan.

Nasi lemak dalam cawan lengkap diisi dengan nasi, sambal; timun; ikan bilis dan telur rebus sebiji.

Bagaimanapun selepas posting itu tular, pihak Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung menjelaskan di ruangan komen bahawa ia hanyalah kandungan hiburan dan bukannya menu sebenar dijual kepada pelanggan.

"Maaf cik, sekadar konten hiburan semata-mata. Kalau dekat kedai pakai pinggan macam biasa," tulis pihak restoran bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul.

MENARIK DIBACA: Kedai bukan stadium! Wanita pertikai restoran mamak dibolehkan jadi 'port' tonton bola sepak

MENARIK DIBACA: Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"

Selepas mengetahui perkara sebenar, netizen nampaknya lega malah memuji kreativiti penghasilan kandungan tersebut serta strategi pemasarannya.

Beberapa pelanggan pernah menikmati hidangan di restoran itu turut mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka.

Ada yang memuji keenakan sambal, harga berpatutan malah mendoakan perniagaan restoran itu terus maju.

"Nasib baik konten, baru nak maki.

"Saya nak tambah ayam goreng berempah, cepat!

"Kat kawasan mana nasi lemak cawan ni, saya nak datang. 

Komen netizen.

"Kalau macam ni, cuba buat air dalam pinggan. Milo tabur satu. 

"Dah pergi kedai ni, nasi lemak sedap sambal puas makan, harga pun murah. 

"Tak letak dalam cawan pun tetap nampak sedap, semoga laris perniagaan setiap hari, Amin," antara komen netizen. 

Video ringkas itu jelas membuktikan bahawa idea kreatif mampu menarik perhatian ramai.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Juri MasterChefAU turunkan resipi kuih tradisional warisan keluarga - "Saya tak ada anak..."

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelanggan puas hati, staf akhirnya akur buat snek 'sebiji' poster promosi - "Nak macam gambar iklan"

Terhangat