info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Ayam sos tiram Thai nampak ringkas, sekali cuba pasti minta nasi tambah

Lead Image

GABUNGAN rasa masin, manis, masam dan pedas sememangnya menjadi identiti masakan Thailand dan sentiasa membangkit selera.

Jika anda mahu memasak sajian berasaskan ayam yang mudah disediakan tetapi lazat, resipi ayam sos tiram Thai perkongsian @adlinelina7 ini memang wajib dicuba.

Ayam perlu diperap terlebih dahulu sebelum dimasak menggunakan air fryer, menjadikannya lebih berjus di dalam dan sedikit garing di luar.

Kemudian disalut pula dengan sos Thai yang pedas, masam dan beraroma daun ketumbar, memang cukup menyelerakan.

Salutan sos Thai menambahkan lagi kesedapan hidangan.

Bahan-bahan

Perapan ayam:

  • Ayam (mengikut bahagian pilihan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak masak

Sos Thai:

  • 10 batang cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi hijau
  • Daun ketumbar bersama akar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • Perahan limau nipis secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air
  • Daun ketumbar untuk taburan

MENARIK DIBACA: Menu diet ayam rebus pedas tak guna minyak! Enak, boleh makan dengan senang hati

MENARIK DIBACA: Cara buat sos Thai sedap ala kedai tomyam... Gaul-gaul dah siap!

Cara penyediaan

  1. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis, madu, serbuk lada hitam dan minyak selama kira-kira 30 minit.
  2. Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak dan keperangan.
  3. Kisar secara kasar cili merah, bawang putih, cili padi hijau serta daun ketumbar bersama akarnya.
  4. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  5. Dalam mangkuk berasingan, satukan sos tiram, sos ikan, kicap manis, gula, perahan limau dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
  6. Tuangkan bancuhan sos ke dalam tumisan dan kacau rata.
  7. Masukkan sedikit air untuk mencairkan kuah mengikut kepekatan yang diingini, kemudian tambah daun ketumbar.
  8. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dimasak ke dalam sos dan gaul sehingga setiap bahagian ayam bersalut sempurna.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Beras dan cili sangai rahsia sup daging Thai enak lain macam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Wanita 'claim' buat sambal belacan tersedap di muka bumi, tak lokek kongsi resipi

Terhangat