info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Kerabu tomato ikan bilis imbau nostalgia bersama mak, lebih sedap dimakan sejuk

Lead Image

SETIAP hidangan pasti menyimpan cerita tersendiri. 

Begitulah juga dengan menu kerabu tomato ikan bilis yang dikongsikan seorang lelaki, Fikri Azhar di Facebook.

Menurutnya, hidangan itu sering disediakan oleh ibunya suatu ketika dahulu dan menjadi antara menu kegemaran keluarga.

Katanya, setiap kali kerabu tomato siap dibuat, ibu akan menyimpannya terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

"Kalau dah siap, kena simpan dalam peti sejuk. Barulah nikmat nak makan," kongsinya.

Malah, dia dan kakak juga sering menikmati kerabu itu begitu sahaja kerana rasanya yang cukup menyelerakan.

Tambahnya lagi, rasa pedas daripada cili padi menjadikan hidangan tersebut lebih istimewa.

Dalam perkongsian sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana ibunya pernah menyediakan menu itu.

"Terima kasih mak buat kerabu tomato dulu. Kalau tak memang tak tahu wujudnya kerabu tomato ni," tulisnya.

Jom Kuali kongsikan cara penyediaan kerabu tomato.

Buah tomato yang menyegarkan menjadi pilihan ramai dalam masakan.

Bahan-bahan

  • Tomato
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Gula secukup rasa

MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari

MENARIK DIBACA: Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

Cara penyediaan

  1. Sediakan tomato sebagai bahan utama.
  2. Masukkan cili padi mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
  3. Tambahkan sedikit ikan bilis dan potongan bawang merah serta gula secukupnya.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Wanita 'claim' buat sambal belacan tersedap di muka bumi, tak lokek kongsi resipi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Tauhu bergedil gedempol rangup, padat daging... Kudapan 'simple' tapi nikmat

Terhangat