info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kepala berdenyut lepas makan di luar, bagaimana nak kesan masakan banyak MSG?

Lead Image

KALAU makan di luar, antara perkara sukar untuk dikesan adalah bahan yang digunakan dalam masakan.

Bagi sesetengah individu, menikmati hidangan mengandungi perasa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG) adalah perkara biasa, tetapi ada juga yang 'alah' terhadap bahan itu. 

Di Threads, seorang wanita berkongsi tentang dirinya yang akan berasa kurang selesa setiap kali makan masakan dipercayai menggunakan MSG.

“Macam mana kita nak tahu masakan letak serbuk MSG atau tidak? Sebab setiap kali termakan makanan ditambah perasa tambahan, kepala terasa nak pecah.

Penggunaan MSG dalam masakan di kedai makan sering menjadi persoalan.

“Kalau hari kerja biasanya memang makan tengah hari di luar. Tapi bergantung pada kedai. Ada kedai makan tak ada masalah, tapi ada juga lepas makan 'auto' sakit kepala berdenyut,” kongsinya di Threads.

Menurut individu itu, dia sememangnya tidak menggunakan serbuk MSG ketika memasak di rumah dan jarang mengambil makanan yang diketahui menggunakan bahan perasa tambahan tersebut.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

“Saya tak biasa, di rumah pun tak guna serbuk MSG. Tapi pergi kedai makan rasa sedap saja.

“Kadang apabila terlebih makan serbuk MSG, rasa tak sedap badan pun ada,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas menikmati makanan di luar yang dipercayai menggunakan MSG berlebihan.

Ada yang mendakwa mereka akan berasa sangat haus selepas menikmati hidangan yang mengandungi banyak bahan perasa tambahan.

“Semua masakan di kedai makan guna serbuk perasa, lebih-lebih lagi makanan segera, lebih kuat rasanya.

Komen netizen.

“Kalau saya, akan rasa haus sangat. Itu cara untuk kesan sama ada kedai tu guna serbuk perasa tambahan berlebihan atau tidak.

“Ya Allah sama macam kita. Kalau banyak sangat, sampai seminggu boleh sakit kepala.

“Kebanyakan kedai luar guna serbuk MSG. Tapi kita sakit kepala bukan sebab masakan itu guna serbuk perasa semata-mata. Biasanya punca bila bahan (MSG) itu berlebihan,” antara komen netizen.

Justeru, pengguna yang sensitif terhadap penggunaan MSG disarankan supaya memasak sendiri di rumah yang mana masakan tersebut dijamin tidak menggunakan bahan perasa tambahan.

Mereka juga disarankan supaya tidak mengunjungi lagi kedai makan atau restoran pernah dikunjungi sebelum ini yang dipercayai menggunakan perasa tambahan secara berlebihan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pembeli kecewa, dakwa chocojar dipromosi Ameera Khan indah khabar dari rupa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik

Terhangat