info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Terhibur tengok wanita 'confident' guna bunga telang masak nasi kerabu, netizen tak lokek kongsi tip

Lead Image

NASI kerabu memang sinonim dengan warna biru yang cantik terutama jika dihasilkan daripada bunga telang.

Seorang pengguna berkongsi detik lucu apabila percubaannya menghasilkan nasi kerabu menggunakan bunga tersebut tidak menjadi. 

Menerusi perkongsian di Threads, dia bertanyakan punca sehingga hasilnya jauh berbeza daripada diharapkan.

Perkongsian itu membuatkan ramai netizen terhibur.

"Aku salah teknik ke ni? Asal tak nampak biru?" soalnya.

Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi gambar nasi kerabu yang dimasak yang mana dia memasukkan bunga telang bersama beras dalam periuk nasi elektrik (rice cooker).

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang terhibur melihat percubaan berkenaan.

MENARIK DIBACA: Blue matcha minuman biru daripada bunga telang, tanpa kafein tapi kaya antioksidan

MENARIK DIBACA: Selepas jelajah 13 negeri, pelancong Indonesia pilih Kelantan syurga makanan Malaysia

Dalam masa sama, ramai tampil berkongsi cara yang lebih tepat untuk mendapatkan warna biru daripada bunga telang.

Ada yang menjelaskan bunga telang perlu diproses terlebih dahulu bagi mengeluarkan warnanya sebelum air tersebut digunakan untuk memasak nasi.

“Bukan begini kak, tergelak saya. Kena rebus asing dulu bunga tu dan guna air rebusannya untuk tanak nasi.

Komen netizen di laman Threads.

“Awak kena rendam dulu bunga tu dengan air panas bagi bunga tu keluar warna, lepas tu baru letak dalam nasi. Tips letak serai dengan daun limau purut untuk tambah aroma.

“Ada dua kaedah sis... Sama ada rebus/rendam air panas ataupun blend bunga dan tapis," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Pramugari kongsi sebab kenapa penumpang tak digalakkan pesan soda tanpa gula

Terhangat