Blue matcha minuman biru daripada bunga telang, tanpa kafein tapi kaya antioksidan
MATCHA atau teh hijau seperti yang kita ketahui sinonim dengan warna hijau pekat terang.
Namun tahukah anda bahawa terdapat blue matcha atau teh biru yang tidak kurang hebatnya dari segi rasa dan khasiat kesihatannya?
Meskipun namanya 'matcha', namun blue matcha tidak diperbuat daripada tanaman teh sebaliknya dihasilkan daripada bunga telang.

Warna biru semula jadi terhasil daripada pigmen yang terdapat pada bunga berkenaan, kemudiannya diproses menjadi serbuk menyerupai matcha.
Selain itu, bunga telang mengandungi khasiat kesihatan sama sepertI matcha iaitu antioksidan polifenol.
Bagaimanapun, blue matcha tidak mengandungi kafein, menjadikannya alternatif sesuai untuk mereka yang sesitif terhadap kafein.
MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best
MENARIK DIBACA: Wanita masuk hospital selepas 6 bulan amal minum matcha
Dari segi kesihatan, ekstrak bunga telang juga mengandungi antosianin yang dipercayai membantu meningkatkan kecantikan luaran an dalaman.
Misalnya ia membantu mengurangkan keletihan mata, meningkatkan kecantikan kulit, bersifat anti-penuaan, merangsang pertumbuhan rambut.
Di Thailand, ekstrak bunga telang secara tradisional digunakan sebagai bahan syampu untuk merangsang pertumbuhan rambut dan sering dijual sebagai syampu herba.