Wanita masuk hospital selepas 6 bulan amal minum matcha
SEORANG wanita dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami lemah badan dan mengalami jantung berdebar akibat tabiat minum teh matcha.
The Mirror melaporkan Lynn Shazeen, 28, mendakwa dia mula mengamalkan minuman tersebut sejak enam bulan lalu sebagai rutin menjaga kesihatan.
Bagaimanapun dia mula mengalami masalah keletihan melampau, kerap rasa sejuk selain degupan jantungnya tidak teratur selepas tiga bulan mengamalkan minuman tersebut.

“Saya tidak sangka pengambilan matcha seminggu sekali boleh memberi kesan sebegini.
"Sebaik sahaja nampak bacaan zat besi turun mendadak, saya tahu ia berpunca daripada matcha,” katanya.
MENARIK DIBACA: Ambil tahu 6 istilah makanan Jepun ini serta maksudnya
MENARIK DIBACA: 6 restoran ini sudah wujud sebelum Malaysia merdeka, masih beroperasi sehingga kini
Menurutnya, ujian darah turut menunjukkan bacaan zat besi dalam badannya merosot deripada 23 kepada 13, hampir separuh daripada paras sepatutnya.
Setelah menerima rawatan drip intravena (IV) dan suplemen zat, Lynn kini dilaporkan pulih sepenuhnya.
Matcha memang kaya dengan antioksidan dan asid amino, tetapi ia juga mengandungi sebatian dikenali sebagai catechin dan tannin yang boleh menghalang penyerapan zat besi.

Menurut kajian dilakukan National Institutes of Health mengesahkan sebatian berkenaan boleh mengikat zat besi menjadikan tubuh sukar menyerapnya.
Justeru itu, golongan vegan dan mereka yang mudah mengalami anemia perlu lebih berhati-hati mengenai pengambilan minuman tersebut.
Sebagai alternatif, minum matcha latte atau matcha gred upacara (ceremonial-grade) yang mengandungi kurang tannin, mungkin dapat mengurangkan risiko.