info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Selepas jelajah 13 negeri, pelancong Indonesia pilih Kelantan syurga makanan Malaysia

Lead Image

KALAU bercakap tentang destinasi makanan popular di Malaysia, kota yang terlintas dalam fikiran ramai semestinya Ipoh, Perak atau George Town, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, seorang pengguna Threads dari Indonesia berpendapat ada satu lagi bandar yang seharusnya diangkat sebagai syurga makanan iaitu Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, selepas menjelajah 13 negeri di Malaysia, dia berpendapat kota tersebut kaya dengan sajian enak dan rasa yang tiada tandingan!

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen Malaysia.

"Sebagai orang Indonesia yang dah melawat 13 negeri dalam Malaysia, kota kegemaran untuk makanan adalah Kota Bharu, Kelantan," tulisnya.

Dia turut berkongsi tiga hidangan yang paling memikat seleranya sehingga sukar dilupakan.

"Ayam Percik Yati? Magical! Sudin Kubis? Out of this world! Baan Suwarin? Top-notch.

"Dan saya tak sebut lagi pasal kafe kat sana!" ujarnya.

MENARIK DIBACA: Indonesia mohon Unesco iktiraf 'Budaya Tempe', netizen pelik nama Malaysia kena 'petik'

MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

Perkongsian itu meraih perhatian pengguna Threads lain, khususnya rakyat Indonesia yang pernah berkunjung ke Kelantan.

Rata-rata mereka bersetuju bahawa makanan di negeri itu mempunyai identiti tersendiri, terutama hidangan berasaskan gulai yang kaya dengan rempah dan rasa.

Ada juga yang menyifatkan nasi kerabu dan nasi berlauk sebagai antara menu wajib dicuba apabila berkunjung ke Kota Bharu.

Rata-rata pelancong Indonesia turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Setuju, makanan Kelantan paling enak se-Malaysia."

"Me too. The gulai in Kelantan is so different. The rempah that makes the difference. The cooking technique is similar to any gulai.

"Pak, Nasi Kerabu Liniey dan Nasi Berlauk Kak Chik mantap juga," komen netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Berlima makan 'seafood' di Langkawi harga cecah RM600, pelanggan keliru mahal atau murah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita kongsi cara mudah masak salai cili api! 'Terbongkar' rahsia ayam Baker's Cottage banyak kegunaan

Terhangat