Pertandingan memasak anjuran Subi cari cef cilik sambil eratkan hubungan ibu bapa dan anak
MENYEDARI masakan bukan hanya tentang menyediakan makanan, Subi mengambil pendekatan berbeza menerusi pertandingan memasak yang menggabungkan ibu bapa dan anak dalam satu pengalaman menyeronokkan, Pencarian Chef Cilik Subi.
Program anjuran Subi dengan kerjasama Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dan Persatuan Cef India Malaysia (MICA) itu dilancarkan secara rasmi sempena penutup jelajah 10 hari di Mydin USJ, Cawangan Subang Jaya, Ahad lalu.
Menariknya, edisi sulung Pencarian Chef Cilik Subi menghimpunkan 42 pasangan ibu bapa dan anak diberi peluang menghasilkan hidangan makanan laut menggunakan produk Subi.
Pengurus Besar Pacific West Malaysia, Joseph Lim berkata, makanan mempunyai keupayaan istimewa untuk menyatukan keluarga dan perkara itu menjadi antara sebab utama Subi menganjurkan Pencarian Chef Cilik Subi.

“Program ini bukan bertujuan mencari cef atau hidangan paling hebat, sebaliknya mahu mewujudkan ruang untuk ibu bapa dan anak meluangkan masa berkualiti bersama.
“Sambutan menggalakkan daripada 42 keluarga yang mengambil bahagian juga disifatkan melebihi jangkaan.
“Susulan sambutan positif terhadap edisi sulung Pencarian Chef Cilik Subi, Subi Malaysia kini meneroka peluang untuk membawa program berkenaan ke negeri lain termasuk Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya pada pelancaran program Pencarian Chef Cilik Subi.
Program berkenaan dirasmikan Pengarah Perpaduan Negeri Selangor, Burhanuddin Daud dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
MENARIK DIBACA: Indonesia mohon Unesco iktiraf 'Budaya Tempe', netizen pelik nama Malaysia kena 'petik'
MENARIK DIBACA: Rupanya ayam gepuk tak popular di Indonesia! Cuma dimakan mahasiswa sebab murah
Sementara itu, Duta Subi juga juri pertandingan berkenaan, Chef Alwi, berpendapat acara seperti ini dapat mewujudkan hubungan baik antara ibu bapa dengan anak.
“Buat sesetengah ibu bapa, masa di dapur bersama anak mungkin sekadar aktiviti ringkas tetapi tanpa disedari ia boleh menjadi antara kenangan paling bermakna untuk si kecil.
“Peserta bukan sahaja perlu mencipta sajian, malah digalakkan menggunakan kreativiti dan imaginasi masing-masing.

“Program ini turut memberi penekanan kepada kerjasama, komunikasi dan keyakinan anak-anak ketika berada di dapur bersama ibu bapa,” kongsinya.
Program itu juga membolehkan peserta yang mengambil bahagian berpeluang belajar, bekerjasama dan mencuba sesuatu baharu dalam suasana santai.
Inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada keluarga untuk mengeratkan hubungan menerusi aktiviti memasak, selain menjadikan makanan laut berkualiti lebih mudah diakses oleh semua keluarga.
Jelajah Subi bermula pada 31 Julai 2026 turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung Mydin USJ, Cawangan Subang Jaya.