info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kelapa tampuk merah dipercayai banyak kelebihan, baik untuk pesakit kanser jalani kemoterapi

Lead Image

KELAPA tampuk merah atau juga dipanggil kelapa hijau wulung merupakan sejenis kelapa yang bukan sahaja boleh dijadikan tumbuhan hiasan, malah dikatakan turut memiliki nilai perubatan yang sangat tinggi.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Faiz Awang, berkongsi manfaat dan kelebihan kelapa tampuk merah yang jarang diketahui umum.

"Satu petua orang tua-tua yang makin ramai dah lupa.

"Kalau jumpa pokok kelapa tampuk merah, jangan tebang atau dibuang begitu sahaja," tulisnya.

Seorang pengguna berkongsi pengalaman pernah merasai air kelapa tampuk merah ketika menjalani rawatan kimoterapi.

Menurut Faiz, air kelapa tampuk merah bukan sekadar penyejuk tekak biasa, tetapi dipercayai memiliki penawar semula jadi untuk kesihatan seperti meredakan demam panas, membuang angin dalam badan, pulihkan tenaga selepas sakit dan penawar bagi keracunan ringan.

Hantaran yang dikongsikan Faiz turut menarik perhatian netizen lain yang mengakui keberkesanan kelapa tampuk merah berdasarkan pengalaman masing-masing.

"Pernah minum dua kali selepas keluar hospital. Apek yang jual terus carikan air kelapa merah bila dapat tahu saya baru selesai rawatan kemoterapi," ujar seorang pengguna.

Memetik perkongsian Pertanian Satu Perniagaan di Facebook, kelapa tampuk merah juga dianggap sangat unik kerana jarang ditemui dan memiliki nilai pasaran yang tinggi.

Sifat utama kelapa ini adalah bahagian serat sabut di bawah tampuknya memiliki warna merah jambu, berbeza dengan kelapa biasa yang berwarna putih atau hijau kekuningan.

MENARIK DIBACA: Abang bomba ikut isteri ke luar negara, dari tak pandai masak kini handal kendali dapur restoran di UK

MENARIK DIBACA: Onedha bangkit, buka restoran lepas kemalangan! Pelanggan mat salih puji, orang tempatan pula geli masakan OKU

Tidak hairanlah jika kelapa tampuk merah ini digelar 'satu dalam seribu' kerana mutasi genetiknya sukar dicari dan jarang membesar dengan stabil sehingga berbuah lebat.

Antara keistimewaan dan khasiat kelapa tampuk merah adalah:

Jarang ditemui

  • Kelapa tampuk merah sering menjadi buruan peminat tumbuhan eksotik dan pengamal perubatan tradisional. Disebabkan sukar ditemui, harga sebiji kelapa tampuk merah boleh mencecah RM50 sebiji.

Kaya tannin

  • Hasil kajian makmal menunjukkan air kelapa tampuk merah mengandungi nutrisi hampir sama dengan kelapa biasa seperti glukosa, fruktosa, sakarosa dan sukrosa (sumber tenaga semula jadi)
  • Bezanya, kelapa tampuk merah mengandungi tannin (zat anti racun semula jadi) lebih tinggi berbanding kelapa biasa. Tannin inilah yang dipercayai memberi kesan perubatan terhadap tubuh.

Penawar racun

  • Air kelapa tampuk merah terkenal dalam perubatan tradisional sebagai penawar semula jadi bagi keracunan makanan atau bahan kimia ringan.
  • Demam akibat jangkitan virus (seperti flu) serta membantu melancarkan saluran air kencing dan membersihkan buah pinggang.
Pokok kelapa tampuk merah juga dijadikan tanaman hiasan kerana tumbuh rendang setinggi 25 sentimeter hingga 100 sentimeter.

Khasiat tambahan

  • Selain sebagai penawar racun, air kelapa tampuk merah juga dikatakan mampu menyegarkan tubuh akibat keletihan, menurunkan panas badan dan menstabilkan tekanan darah secara semula jadi.

Rasa dan ciri fizikal

  • Ada segelintir pihak mendakwa isi kelapa tampuk merah berwarna merah jambu lembut, manakala airnya sedikit pahit berbanding kelapa hijau biasa yang disebabkan oleh kandungan tannin yang tinggi.
  • Ketinggian pokok kelapa tampuk merah juga tidak setinggi pokok kelapa biasa iaitu sekitar 25 sentimeter hingga 100 sentimeter sahaja. 

Walaupun banyak kepercayaan tradisional menyatakan khasiat kelapa tampuk merah, kajian saintifik moden masih terhad. 

Maka pengambilan air kelapa tampuk merah harus dilakukan secara berhati-hati serta dapatkan dulu nasihat doktor terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pucuk ajinomoto enak tak terkata, tinggi khasiat... Awas, silap teknik memasak boleh jadi racun!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Anda 'FOMO' beli pinggan mangkuk estetik? Fikir juga risiko kesihatan

Terhangat